DENGAN slogan ‘Duduk Bantah‘, mungkin
sesiapa yang terlibat dalam Bersih 3.0 ini tidak
dibenarkan berdiri. Hahaha… #LOL!
Apa sebenarnya Bersih 3.0 mahukan? Apakah
Yang Bersih 3.0 ini tuntut?
Semua kenyataan di bawah akan menrugkai segala misteri Bersih 3.0 Duduk Bantah!
Apa yang kita tahu
mengenai Bersih
3.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan
senarai undi
2. Reformasikan
Undi Pos
3. Gunakan
Dakwat Kekal
4. Akses
Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh
Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan
Institusi Awam
7. Hentikan
Rasuah
8. Hentikan
Politik Kotor
Dan apa yang kita
tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan
senarai undi
2. Reformasikan
Undi Pos
3. Gunakan
Dakwat Kekal
4. Akses
Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh
Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan
Institusi Awam
7. Hentikan
Rasuah
8. Hentikan
Politik Kotor
Dan inilah antara
perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan
Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah
menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan
dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem
pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh
jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa
yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi
|
-
|
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan
undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika
mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai
undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di
alamat yang sama.
|
Reformasikan Undi Pos
|
-
|
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga
boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan
stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar
dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini
perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat
mereka ketika di sini.
|
Gunakan Dakwat Kekal
|
-
|
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan
dakwat kekal
|
Akses Media yang Bebas dan Adil
|
-
|
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses
media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon
bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di
kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh
organisasi media yang mereka wakili.
|
Tempoh Kempen Minima 21 Hari
|
-
|
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju
menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
|
Jelas, 5 dari
tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan
bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8.
Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara
berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi
yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat
dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan kerajaan
menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen,
kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan
ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya
apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan
mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP
yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari satu segi atau
dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka
bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor
dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu
agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini
diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Jika ini tidak benar,
apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei
1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi
tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk
pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan
kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua
tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil
tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang
lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara
dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai
alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam
PRU yang akan datang.
Kita pasti, walaupun
senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun,
Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan
demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya
menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya
dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka,
hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi
mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.
No comments:
Post a Comment