15 September 2014

SEORANG LAGI RAKYAT MALAYSIA TERBUNUH DI SYRIA

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah yang berjuang di Syria, 

Mohd Lotfi Ariffin dilaporkan terbunuh selepas diserang hendap oleh tentera rejim Bashar Assad di Syria.

Menurut laman Facebook salah seorang pejuang rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, Abu Talhah II, selepas bertahun di penjara, Mohd Lotfi akhirnya syahid di Syria.

Namun demikian, pengkebumian jenazah Allahyarham terpaksa ditunda hari ini dan dilaporkan masih berada di Hospital Antarkia, Turki.


Ini berikutan beberapa proses dokumentasi perlu diselesaikan sebelum dibawa masuk ke Syria.

Dijangkakan jenazah akan tiba selewat-lewatnya esok (Isnin).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu, parti itu memecat Mohd Lotfi daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkannya ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

Dalam pada itu, seorang lagi pejuang di Syria, Akel Zainal II turut memuat naik status yang memberitahu kematian Mohd Lotfi

"Alhamdulillah, berita yang terbaharu tentang Ustaz Lotfi Ariffin (Abu Musab), telah berjaya syahid dalam mempertahankan agama Allah.

"Ustaz Lotfi telah syahid pada waktu Maghrib semalam. Semoga Allah menerima jual belimu 
Guruku, bergembiralah kamu mengecap nikmat Allah yg menjadi idaman seluruh makhluk," ujarnya dalam laman Facebooknya.

Allahyarham Mohammad Fadhlan menegaskan untuk tidak akan balik ke Malaysia setelah menjejakkan kaki ke Syria untuk bersama sebahagian rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan Ajnad As Syam.

Mohammad Fadhlan dilihat mengemas kini aktivitinya di Syria melalui laman Facebook dan kali terakhir Allahyarham berbuat demikian pada 23 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz turut berkongsi status Facebook mengenai kenangan bersama Mohd Lotfi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...