17 April 2012

TAHNIAH USTAZ AZIZAN... JASA MU DIKENANG

Pembalakan tidak bertanggungjawab 
berleluasasehingga menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang sebelum ini belum pernah mengalami banjir.  Walaupun kerajaan Kedah menyalahkan kelulusan permit balak oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, namun mereka tidak mampu menjawab kenapakah tempoh permit yang luput setiap tahun itu terus diluluskan oleh kerajaan PAS pula.Di dalam Buku Jinggay, PR mengulangi janji mengenai  Alam sekitar iaitu akan memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dikawal.


Bagaimana mereka boleh memenuhi janji ini jika janji yang sama dalam Manifesto 2008 juga tidak ditunaukan malah menambahkan lagi kerosakan alam sekitar?, tambah pula kerajaan Kedah telah dengan selambanya menaikan tarif air domestik sehingga 44% atau 10 sen per meter padu.



Azizan tuduh kerajaan BN dahulu yang menyebabkan PAS naikan tarif air..tuduhan tersebut sebenarnya tidak berkaitan langsung kerana kenaikan harga air di bawah tanggungjawab dan kuasa kerajaan negeri. Kerajaan pusat tiada kuasa untuk memaksa kerajaan negeri naikkan harga air.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...