29 April 2012

PEMBONGKARAN SIAPA SEBENARNYA AMBIGA??




Sedikit maklumat mengenai siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Ambiga Srinevasan). Hasil kajian maklumat yang diperolehi daripada beberapa sumber rujukan.
1. Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
2.  Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum  syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan  kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam; dan
3. Beliau turut mengadakan forum mengenai agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu. 


Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan telah menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa yang berprestij dari Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 9 Mac 2009. Ambiga adalah merupakan salah seorang di antara lapan wanita di seluruh dunia yang diiktiraf bagi keberanian yang luar biasa dan kepimpinan mereka dalam membela hak-hak wanita dan kemajuan. Dalam satu kenyataan, kedutaan Amerika Syarikat berkata Ambiga telah diberi penghormatan untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama di Malaysia.


  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...