04 April 2012

GEJALA MURTAD LEBIH PENTING DARI ISU PENGGUNDI HANTU!!



SHAH ALAM 3 April - Dewan Permuda Pas Pusat menganggap gejala murtad adalah satu isu besar yang perlu ditangani oleh semua pihak dan ia tidak boleh dianggap ringan.


Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, pihaknya dari dahulu lagi mempunyai pendirian yang tetap apabila berhadapan dengan isu murtad kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam yang perlu sentiasa dipertahankan.


'Murtad adalah isu umat Islam dan merupakan suatu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, sekali pun hanya seorang yang murtad, ia tetap dianggap satu perkara besar.


'Isu tersebut tidak sepatutnya dipikul seorang diri dan bukannya menjadi isu politik bagi seseorang mencari pengaruh atau menjadikannya sebagai satu polimik,' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...