7hb April 2010, tarikh yang menggembirakan kebanyakan penduduk di Pulau Tuba dan kawasan sekitarnya. Ini adalah kerana pada tarikh ini kerajaan PAS Kedah yang terkenal dengan negeri ‘berkebajikan’nya telah mengeluarkan satu belanja untuk membaiki jabatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.
Hebat bukan?..Tetapi itu hanya didalam mimpi sahaja, kerana Kerajaan PAS
Kedah tidak pernah ambil berat dengan keadaan jalan perhubungan yang ada di
dalam negeri Kedah. Janji tinggal janji kerana setahun telah berlalu, mana perginya janji tersebut?.
Cerita sebenarnya adalah begini:
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid bin Ramli dengan
sukacitanya telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk membaiki jabatan yang
menghubungkan Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting.
Perkara ini telah disahkan oleh YB Dato’ Ir Haji Nawawi bin Ahmad, ADUN
kawasan Kuah kepada MKT pada pagi ini. Difahamkan juga peruntukkan sebanyak
RM500,000 akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan
jabatan tersebut dan ianya akan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya
Daerah Langkawi.
Itu berita yang sebenarnya, hendak harapkan kepada Kerajaan Negeri PAS?,
alamat roboh dulu jabatan itu, barulah tertetaq-ketaq hendak tunjukkan kononnya
ambil berat.
Kesimpulannya, kes jabatan Pulau Tuba yang rosak pun tidak boleh diberi
perhatian dan tindakan, bagaimana pula dengan janji kononnya hendak bina kabel
elektrik dasar laut tu?. Alamatnya sampai kiamat la jika rakyat Pulau Tuba
terpengaruh dengan janji-janji kosong mereka.- Melayu KedahTerakhir
No comments:
Post a Comment