Sinar
Harian difahamkan, usul penyusunan semula jawatankuasa itu dikemukakan oleh
Dewan Pemuda Pas negeri dan mendapat sokongan majoriti kepimpinan kawasan
termasuk Sungai Petani, Jerlun, Kulim-Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Pokok
Sena.
Malah,
majoriti wakil yang menghadiri mesyuarat bulanan Pas Kedah di Kompleks Pas Batu
9, semalam, turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesukaran yang mungkin
dihadapi jika kedua-dua timbalan pesuruhjaya Pas, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
dan Dr Ismail Salleh, kekal dalam jawatankuasa itu.
Susulan
kebimbangan itu, ada wakil Pas kawasan yang mengutarakan usul mendesak agar
Phahrolrazi dan Ismail dilucutkan jawatan, namun Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk
Seri Azizan Abdul Razak telah menolak.
Difahamkan, keengganan Azizan adalah disebabkan pendiriannya tidak mahu
mengeruhkan lagi keadaan ,selain memberi ruang kepada kedua-duanya untuk
memperbaiki keadaan.
Sementara itu, Azizan ketika ditemui media selepas mempengerusikan
mesyuarat terbabit, tidak menafikan isu mengenai usul penyusunan semula
jawatankuasa Perhubungan Pas negeri turut dibincangkan.
"Tidak
semestinya bila ada orang minta lucut, kita akan lucutkan (jawatan), tetapi kita
ada bincang secara umum mengenainya," katanya.
Menurutnya, terdapat dua peringkat pelucutan iaitu peringkat keahlian
dan pelucutan beberapa jawatan.
"Peringkat keahlian, bukan hak negeri tetapi hak Pusat, mengenai
pelucutan beberapa jawatan pula, bukan hak pesuruhjaya tetapi pesuruhjaya boleh
membuat tuntutan dengan persetujuan jawatankuasa. Namun ada beberapa faktor yang
perlu diambil kira, tidak semudah itu," katanya.
Azizan
berkata, selain isu berkenaan, mesyuarat bulanan yang bermula jam 9.30 pagi
sehingga 2 petang itu turut menyentuh pelbagai isu termasuk kewangan,
program serta persiapan pilihan raya
No comments:
Post a Comment