19 March 2012
CALON PRU:KUASA MUTLAK BUKAN DI TANGAN SAYA, KATA AZIZAN
ALOR SETAR - Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu bertanding di Kedah
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengambil kira pelbagai faktor
terlebih dahulu, kata Menteri Besar.Antaranya ialah bergantung kepada
penerimaan dan sokongan dari Pas kawasan.Datuk Seri Azizan Abdul Razak
berkata, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memberi keizinan kepada
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk bertanding di negeri
ini."Kita tidak tolak calon dari luar malah sudah ada beberapa calon
luar yang bertanding di Kedah dalam pilihan raya sebelum ini dan mereka menang,"
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Pas
Kedah.Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa penuh untuk menentukannya
perkara itu kerana ia wajar dirujuk kepada pihak atasan."Apa kuasa
saya, saya bukan presiden parti, tetapi orang masih fikir saya yang berkuasa di
Kedah (dari segi politik), tetapi saya bukan macam itu."Apa yang
penting ialah untuk pertahankan kemenangan dan melakukan yang terbaik untuk
tadbir Kedah," katanya.Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata,
beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima Mat Sabu sekiranya Pas kawasan
mahu menerimanya."Sebaliknya, jika ada 100 cawangan, 40 mahu terima dan
60 pula tidak mahu terima. Inilah masanya Badan Perhubungan perlu memainkan
peranan dalam mencari kesesuaian atau jalan tengah."Tambahan pula, semua
aspek perlu diambil kira dalam pilihan raya umum termasuk sokongan individu atas
pagar, sokongan orang ramai serta rakan-rakan (dalam parti),"
katanya.Mat Sabu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999 -
2004), dikatakan cuba mengintai ruang dan peluang untuk bertanding kerusi
Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum kali ini - Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment