29 October 2014

KEADILAN UNTUK SAIFUL - TG HADI DI KANDANG

Sudahlah TG disaman oleh rakan pemimpin PR.....

Lebih sedih......Ke mahkamah tanpa sokongan rakan2 Pakatan Rakyaat....

Seolah2 mcm TG Hj Hadi pulak seorang yg dituduh melakukan liwat.....


Begitu lah hina nya beliau di mata rakan2 PR....


Ini 7 pandangan saya dlm kes Anwar Ibrahim.

1. Rakyat hakim negara hanya ketika pilihanraya bukan utk adili kes jenayah peribadi. Rakyat telah menghakimi BN & kami telah menang PRU13 yg lalu 133/222 kerusi. Anda telah kalah dengan 89/222 kerusi. Anak2 tadika pun faham 133 lebih banyak daripada 89.

2. Sebelas hakim, 11 orang telah yakin yg Anwar terlibat dgn liwat. 3 hakim Mahkamah Persekutuan kes pertama dgn Azizan nyatakan dlm 1 paragraf bahawa kejadian itu memang berlaku. 2 bebaskan Anwar hanya sbb teknikal kerana Azizan terlupa tarikh.

3. Kemudian Anwar minta supaya paragraf itu dibuang. Tahun ini 5 hakim secara 5-0 putuskan yg paragraf itu dikekalkan. Dgn kata lain, mereka bersetuju dgn fakta bahawa kejadian liwat memang berlaku. Siapa kita utk mempertikai kajian mereka yg pakar bab perundangan.

4. Dan bulan April thn ini 3 hakim mahkamah rayuan secara 3-0 setuju dengan tanpa syak lagi yg Anwar memang meliwat Saiful. Boleh baca keputusan ini dalam anwaraidc.com . Jadi 3+5+3=11 hakim telah buat keputusan ttg Anwar.

Bukan 1 org tapi 11 org hakim.


5. Hari ini & esok 5 lagi hakim akan buat keputusan di Mahkamah Persekutuan, keputusan terakhir utk Anwar bagi kes Liwat 2 ini, bukan Fitnah 2 mcm kata mereka. Jika Anwar dilepas, itu keputusan mahkamah yg perlu diterima. Jika Anwar tidak lepas, itu juga keputusan mahkamah yg perlu diterima.

6. Hanya org yg terdesak, org yg bersalah akan rasa terdesak lantas melakukan hal2 yg melanggar undang2 spt kejadian di UM mlm tadi. Org yg tidak bersalah sepatutnya hanya perlu tersenyum & berdoa serta bertawakal kpd Allah.

7. Anwar, cukuplah utk menipu rakyat. Cukuplah utk mengguna rakyat bagi kepentingan peribadi. Keadilan akan terbukti berdasar fakta kes anda. Jangan khuatir jika anda tidak meliwat. Namun jika anda mmg benar melakukannya, keadilan kpd Saiful akan terlaksana jua. Rakyat hakim negara pada PRU14 nanti. Bukan hari ini & esok

28 October 2014

RUNTUH NYA UM

Seorang anak pulang ke kampung sambil mengheret beg ala Akademi Fantasianya menuju teratak usang ibu dan ayahnya. Riak mukanya agak pucat, tapi dalam hatinya bangga.

Sampai depan muka pintu, Si Ibu bertanya, "Kenapa kamu pulang hari ni, Along? Dah mula cuti semester ke?" Dengan muka sungul Si Anak jawab, "Belum."

Tak lama kemudian, Si Ayah pun pulang dari menoreh getah dikebun orang. Soalan yang sama juga diajukan kepada Si Anak, "Hah! Bila kamu balik? Dah cuti semester ke Along?"

"Belum lagi ayah. Sekarang ni semua student tengah periksa. Tapi, Along dipaksa balik," jawab Si Anak sambil menghempaskan badannya diatas kerusi rotan yang dah hampir patah.

"Pulak dah! Kenapa pulak kamu kena paksa balik? Ada apa - apa yang tak kena ke dengan tempat belajar kamu tu?" soal Si Ayah dengan penuh curiga.

"Bukan Ayah. Malam Isnin lepas, Along ikut budak - budak Majlis Perwakilan Pelajar buat demonstrasi depan Universiti. Sampai roboh pagar tu kitorang buat," jelas Si Anak.

"Kamu buat demo untuk apa? Untuk kebaikkan pelajar? Atau untuk meningkatkan mutu tempat kamu belajar?" soal Si Ayah yang mula kelihatan agak terkejut.

"Tidak. Kami berdemo untuk menentang Kezaliman Kerajaan, mendesak agar ditegakkan Keadilan, dan menuntut Kebebasan dikalangan pelajar untuk menyokong parti Politik."
Demikian tegas Si Anak kepada Si Ayah. Lalu Si Ayah bertanya, "Untuk siapa kamu lakukan semua tu? Untuk kamu sendiri atau pun untuk keluarga?" soal Si Ayah yang mula kecewa.

"Kami buat untuk membela Anwar Ibrahim. Kami lakukan demi membersihkan Politik Kotor yang dilakukan oleh pihak Kerajaan terhadap Pak Sheikh." jelas Si Anak lagi.

Lalu Si Ayah bangun dan kemudian berlalu pergi tanpa berkata sepatah pun kepada Si Anak. Si Ibu kemudian bertanya kepada Si Anak, "Berapa lama kamu dipaksa tinggalkan Universiti Along?"

"Dah kena buang pun," kata Si Anak dengan nada selamba. GEDEGANG!!! Tiba - tiba, terdengar bunyi kuat seumpana orang jatuh didalam bilik atas, tempat dimana Si Ayahnya tuju tadi.

Bayangkan la. Hasrat ayah dan ibu dikampung menghantar anak - anak ke Universiti adalah dengan harapan tinggi agar anaknya dapat mengubah nasib keluarganya dimasa akan datang.


Tapi akhirnya, Si Anak hanya sekadar jadi Barua orang lain. Berbaloi ke ayah dan ibu berhempas pulas mencari nafkah untuk membantu Si Anak sambung belajar? Beruntungkah ayah dan ibu dikampung bila anaknya pulang dengan tangan kosong? Korang fikir la sendiri!!!

20 October 2014

HINA ISLAM - I WANT TO TOUCH A DOG


Tidak ada satu artikel pun daripada Harakahdaily komen mengenai kempen "I Want To Touch A Dog" ini. Mereka tidak berani komen?


Siapa pula yang pakai lebai dalam program "I Want To Touch A Dog" ini?
Inilah matlamat akhir agenda sulit mereka, mahu lihat anak gadis Melayu rosak pemikiran. Mana suara GAMIS, Persatuan Mahasiswa Islam IPTA dalam isu ini? Tidak berani bercakap langsung?



Jangan selepas ini mereka buat kempen "I Want To Touch A Pig" pula di Selangor. Baca ulasan lanjut ini sebagai panduan umat Islam (baca sini)

HELANG TERBANG TINGGI - KEDAH VS PAHANG 3-1

KEDAH selaku pasukan bukan pilihan, sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya mengatasi juara bertahan, Pahang 3-1 pada saingan separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Aman Alor Setar, malam tadi.

Bermain di hadapan lebih 30,000 penyokong sendiri, Kedah memulakan permainan dengan aksi meyakinkan dengan melakukan serangan bertali arus ke gawang pasukan lawan.

Usaha skuad Helang Merah membuahkan hasil seawal minit kesembilan menerusi pemain importnya, Namkung Woong yang melepaskan rembatan kecang daripada luar kotak penalti untuk membolehkan tuan rumah mendahului 1-0.

Skuad Tok Gajah yang cuba untuk bangkit, sekali lagi dikecewakan apabila gawang golnya dibolosi sekali lagi pada minit ke-49 menerusi Mohd. Farhan Roslan yang menanduk kemas bola hantaran Baddrol Bakhtiar.


Namun, pada minit-minit akhir perlawanan, gawang Helang Merah berjaya dibolosi Pahang menerusi Matias Ruben Conti.

Bagaimanapun, kegembiraan Pahang hanya seketika apabila Kedah berjaya menyumbat gol ketiga menerusi Khyril Muhymeen, sekali gus membolehkan Kedah mendahului 3-1.

Skuad Tok Gajah turut membuat asakan namun ternyata benteng pertahanan Kedah selaku juara trebel musim 2007/08 sukar ditembusi.

Kelebihan agregat dua gol itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kedah untuk terus menyumbat gol di tempat lawan pada aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang pada 24 Oktober nanti.

Hadir menyaksikan perlawanan malam tadi ialah Tengku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

“Saya kagum dengan komitmen para pemain Kedah pada perlawnaan ini. Mereka telah bekerja keras sepanjang perlawanan ini dan inilah hasilnya. Saya berharap rentak cemerlang ini akan diterukan pada aksi kedua di Kuantan nanti,” jelas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.




18 October 2014

PELUMBA SLOVAKIA DAN ITALI JUARA BARU LIMBC 2014

LANGKAWI: Pelumba Slovakia, Michal Lami dan Eva Lechner dari Itali menepati ramalan apabila muncul juara keseluruhan kategori Lelaki dan Wanita Elit dalam Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 yang berakhir di sini, hari ini.

Lami, dari pasukan kebangsaan Slovakia, menduduki tempat kesembilan pada peringkat kelima dan terakhir hari ini namun ia mencukupi untuknya mengekalkan jersi kuning yang dimenangi pada peringkat keempat semalam.

Ini membolehkannya dinobatkan sebagai juara kategori Lelaki Elit edisi kelima perlumbaan ini.

Selepas tamat perlumbaan hari ini yang membabitkan 11 pusingan di atas trek 1.6km (17.6km) di Pantai Lagenda, Lami yang pertama kali menyertai LIMBC mencatatkan masa terkumpul sembilan jam 14 minit 19.50 saat (9:14:19.50s) untuk mengetepikan tiga juara sebelum ini iaitu Karl Platt (2011), Fabian Giger (2012) dan Kohei Yamamoto (2013).
Paling menarik, Lami muncul juara keseluruhan tanpa muncul pemenang bagi mana-mana peringkat sejak kejohanan bermula dengan acara prolog ujian masa individu Isnin lepas.


Pelumba Jerman, Platt yang mewakili Bulls Team di tempat kedua keseluruhan dengan catatan masa 9:14:54.30s manakala Giger dari Switzerland yang mewakili pasukan Giant Pro XC di tempat ketiga dengan catatan 9:17:13.00s.

Lami jelas gembira kerana pada kemunculan sulungnya berjaya menewaskan tiga bekas juara sebelum ini.

"Bagi pusingan pertama perlumbaan hari ini, saya berada dalam kumpulan pertama tetapi gagal mengejar pada pusingan kedua... namun, saya tidak kisah kerana mahu menumpukan perhatian kepada gelaran juara keseluruhan selain mengekalkan jersi kuning yang dimenangi semalam.

"LIMBC adalah perlumbaan terakhir saya bagi tahun ini. Selepas ini, saya mahu berehat sepuas-puasnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Pada peringkat kelima hari ini, pelumba kebangsaan Denmark mendominasi tiga tempat teratas dengan Sebastian Fini Cartensen muncul pemenang dengan catatan masa 28 minit 11.70 saat (0:28:11.70s) manakala Nells Bech Rasmussen di tempat kedua (0:28:13.40s) manakala Louis Bendixen di tempat ketiga dengan catatan masa 0:28:13.80.

Dalam kategori Wanita Elit, Lechner yang mewakili pasukan Colnago Suditrol terus cemerlang mengekalkan jersi merah jambu selepas mencatatkan masa keseluruhan 9:15:55.30s manakala pelumba Slovenia, Tanja Zakelj yang mewakili pasukan Unior Tools di tempat kedua (9:26:16.90s).

Pelumba senegara Zakelj, Blaza Klemencic yang mewakili pasukan Slovenia di tempat ketiga dengan catatan masa 9:28:53.50s.

Lechner berkata beliau amat gembira muncul juara tahun ini yang disifatkan sebagai pertandingan yang menyeronokkan dan berharap dapat menyertai edisi keenam LIMBC tahun hadapan bagi membolehkannya mempertahankan kejuaraannya.


Bagi peringkat kelima kategori Wanita Elit membabitkan jarak 16 km (10 pusingan) hari ini, Lechner memenangi perlumbaan dengan catatan masa 0:30:48.30s manakala Klemencic di tempat kedua (0:30:52.40s) dan rakan sepasukan Lechner, Nathalie Schneitier dari Switzerland di tempat ketiga dengan catatan masa 0:31:00.20s.

Edisi kelima LIMBC 2014 yang bermula sejak Isnin lepas, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$150,000 (RM500,000).


17 October 2014

KERAHAN DAN MOBILISASI PKR - RAFIZI RAMLI

Setiausaha Agong PKR yang baru, Rafizi Ramli sudah mula mengeluarkan pekeliling kepada Ketua-Ketua Cabang PKR seluruh negara agar membuat kerahan dan mobilisasi anggota PKR agar berhimpun di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi memberi sokongan kepada KETUM (Ketua Umum) dalam mengahadapi kes liwatnya pada 28 dan 29 Oktober ini.

Agak melucukan membaca pekeliling ini adalah apabila Rafizi Ramli meminta agar setiap cabang menghantar minimum 5 buah bas yang penuh dengan penyokong. Ada ka penyokong PKR? Selama ini yang menjadi macai setiap perhimpunan Anwar Ibrahim adalah penyokong-penyokong PAS. Penyokong PKR boleh dikira dengan jari. Ada lagikah macai-macai PAS akan bersusah payah berhimpun dan berdemo pada 28 dan 29 Oktober ini?


Kalau dilihatkan kepada 'flashmob' yang diadakan sehari dua ini oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) pimpinan Nik Nazmi, amatlah mengecewakan dan menjatuhkan kemaluan KETUM.  Lihat sendiri gambar di bawah. Himpunan PKR tidak akan berjaya tanpa sokongan macai-macai PAS. Bergantung kepada macai-macai PAS sendiri sama ada hendak terus menyokong KETUM setelah apa yang KETUM lakukan terhadap pemimpin dan parti mereka.


KESAN JIKA AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN!

Umpama buang kontrak sosial??

Segala2 nya boleh dipinda???

Kita dah ada contoh....

Dasar pendidikan negara hampir setiap kali tukar Menteri Pelajaran.....telah ditukar kononnya nak tunjuk mereka bagus dan buat kerja.... Ada buah tangan....

Tetapi ternyata dasar pendidikan kita menjadi haru-biru dan kita ketinggalan bukan setakan kepada negara2 maju bahkan jiran2 seperti Vietnam dan Kemboja...

Jestru saranan KP janganlah akta hasutan dihapuskan kecuali jika kita benar2 akta penggantinya jauh lebih baik berbanding akta yg sediada. Akta yg akan dapat mempertahankan Agama Islam, kontrak sosial, institusi Raja2 Melayu, hak bumiputera dan lain2 kaum. Mungkin hukuman2 nya perlu ditambah & diberatkan lagi??? Kewargaan boleh dilucutkan sahaja kepada pelaku malah kepada penyokong2.


Jangan lah kita bertindak umpama, "tikus membaiki labu!"

14 October 2014

JATUH BANGUNAN HOSPITAL

ALOR SETAR 14 Okt. - Seorang wanita ditemui mati dipercayai terjatuh dari salah satu bangunan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.


Kejadian disedari kira-kira pukul 7.30 pagi ini oleh seorang tukang cuci apabila ternampak mayat mangsa terbaring berlumuran darah. Sumber







09 October 2014

KES SAMAN RM5O JUTA

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya hari ini menafikan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar membuat penafian itu dalam pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini oleh peguamnya Shahid Adli Kamarudin, pada pengurusan kes saman, yang difailkan Mohd Saiful pada 23 Jun lepas bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan bahawa beliau meliwat Mohd Saiful adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian liwat itu tidak pernah berlaku.

Anwar berkata ketika kejadian pada 26 Jun 2008, beliau hanya meminta satu sampul surat dihantar kepadanya ketika menghadiri mesyuarat di Damansara dan surat itu telah dihantar oleh Mohd Saiful kerana hanya beliau (Mohd Saiful) yang berada di pejabat Parti Keadilan Rakyat pada masa itu.

Beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu berniat jahat dan mempunyai sebab yang tersembunyi untuk memburukkan dan merosakkan karier politiknya.

Media memperoleh pernyataan pembelaan itu daripada Shahid Adli pada pengurusan kes itu hari ini yang didengar di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dengan dihadiri peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful.

Zamri kemudiannya memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 18 Nov depan untuk pengurusan kes.

Mohd Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar. 

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.
Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

07 October 2014

PENZINA DIHUKUM BUNUH

Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai di Yaman dimana Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya.

Tahu la apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.

Saksikan gambar-gambar pelaksanaan ini di Yaman di bawah ini.




Kalau korang nak tau di dunia ini terdapat 59 buah negara yang masih mengamalkan hukuman mati. Pelaksanaan pelaksanaan nineth Yehya Hussein al-Raghwah Yaman tahun ini, menjadikan mereka salah satu pengguna yang paling prolifik hukuman mati (menurut Amnesty International). Yaman tidak dikenali terutamanya untuk mempertahankan hak asasi manusia yang sama ada Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil dipersoalkan.

 Agaknya di Malaysia, berani tak hukuman macam ini?



02 October 2014

BEKU SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di kawasan bekas Menteri Besar Selangor itu.

Abdul Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Faezah mendakwa tindakan itu yang dipercayai mendapat arahan daripada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bukan saja menghukum Abdul Khalid, malah seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

"Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menasihatkan supaya kepimpinan negeri Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang sudah bersama berjuang untuk rakyat.

"Amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Justeru itu, beliau mendesak Mohamed Azmin memberi penjelasan munasabah bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Abdul Khalid.


"Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang sudah pun berputik dan semakin merebak sejak bermulanya 'Langkah Kajang'," katanya..

01 October 2014

DIVERSITI MALAYSIA DI GOOGLE STREET VIEW

KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan Semenanjung Malaysia kini boleh dilihat di Google Street View dari laman peta Google Maps.

Ia termasuk lebuh raya utama dan jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan.

Pada satu majlis untuk memperkenalkan perkembangan terbaharu ini, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, antara imej-imej baharu yang diberi tumpuan adalah Taman Negara, destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi dan Pangkor, tapak warisan UNESCO seperti Pulau Pinang dan Melaka, juga pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya.


“Kami ingin membantu orang ramai meneroka tempat yang baharu. Kami ingin anda menggambarkan destinasi itu sebelum memulakan perjalanan. Memang seronok untuk meneroka tempat baharu, tetapi kita boleh meneroka dengan melihat Google Street View terdahulu.

“Kami mahu Google Maps dan Google Street View untuk terus memberi manfaat kepada pengguna,” jelas beliau.
Google Malaysia dalam pada itu berharap penglibatan mereka melalui penyediaan peta yang lebih baik dapat membangunkan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

“Malaysia merupakan negara pelbagai dan berkembang, dan dengan menyediakan pengguna dan perniagaan dengan maklumat peta lebih berguna, Street View juga dapat membantu mencipta kesan ekonomi berpanjangan.

“Satu per lima pencarian di Google adalah mengenai lokasi. Ia dapat membantu pengguna dan sekali gus  membantu perniagaan,” kata Sajith.

Google Street View akan dikemaskini setiap sebulan atau dua bulan. Perancangan Google Malaysia adalah untuk menerbitkan imej Street View di Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak akan berhenti. Kita sudah ada ‘base’ dan kita juga akan membuat ‘time machine’ supaya dalam tempoh enam bulan akan datang, anda boleh membuat perbandingan kerana jalan raya di Kuala Lumpur, sebagai contoh, kerap berubah,” jelasnya.
Kereta Street View mula bergerak pada tahun lepas untuk merakam gambar pemandangan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia.

Bagi kawasan-kawasan bukan jalan utama (off road), imej diambil oleh ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan pada beg sandang. Manakala bagi pemandangan laut pula, pasukan Street View menaiki bot (canoe) untuk merakam imej persekitaran.

Pasukan Street View terdiri daripada pasukan operasi daripada Google, kontraktor dan juga rakan kongsi yang boleh membantu merakam video bagi pihak pasukan Google Street View.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...