28 October 2014

RUNTUH NYA UM

Seorang anak pulang ke kampung sambil mengheret beg ala Akademi Fantasianya menuju teratak usang ibu dan ayahnya. Riak mukanya agak pucat, tapi dalam hatinya bangga.

Sampai depan muka pintu, Si Ibu bertanya, "Kenapa kamu pulang hari ni, Along? Dah mula cuti semester ke?" Dengan muka sungul Si Anak jawab, "Belum."

Tak lama kemudian, Si Ayah pun pulang dari menoreh getah dikebun orang. Soalan yang sama juga diajukan kepada Si Anak, "Hah! Bila kamu balik? Dah cuti semester ke Along?"

"Belum lagi ayah. Sekarang ni semua student tengah periksa. Tapi, Along dipaksa balik," jawab Si Anak sambil menghempaskan badannya diatas kerusi rotan yang dah hampir patah.

"Pulak dah! Kenapa pulak kamu kena paksa balik? Ada apa - apa yang tak kena ke dengan tempat belajar kamu tu?" soal Si Ayah dengan penuh curiga.

"Bukan Ayah. Malam Isnin lepas, Along ikut budak - budak Majlis Perwakilan Pelajar buat demonstrasi depan Universiti. Sampai roboh pagar tu kitorang buat," jelas Si Anak.

"Kamu buat demo untuk apa? Untuk kebaikkan pelajar? Atau untuk meningkatkan mutu tempat kamu belajar?" soal Si Ayah yang mula kelihatan agak terkejut.

"Tidak. Kami berdemo untuk menentang Kezaliman Kerajaan, mendesak agar ditegakkan Keadilan, dan menuntut Kebebasan dikalangan pelajar untuk menyokong parti Politik."
Demikian tegas Si Anak kepada Si Ayah. Lalu Si Ayah bertanya, "Untuk siapa kamu lakukan semua tu? Untuk kamu sendiri atau pun untuk keluarga?" soal Si Ayah yang mula kecewa.

"Kami buat untuk membela Anwar Ibrahim. Kami lakukan demi membersihkan Politik Kotor yang dilakukan oleh pihak Kerajaan terhadap Pak Sheikh." jelas Si Anak lagi.

Lalu Si Ayah bangun dan kemudian berlalu pergi tanpa berkata sepatah pun kepada Si Anak. Si Ibu kemudian bertanya kepada Si Anak, "Berapa lama kamu dipaksa tinggalkan Universiti Along?"

"Dah kena buang pun," kata Si Anak dengan nada selamba. GEDEGANG!!! Tiba - tiba, terdengar bunyi kuat seumpana orang jatuh didalam bilik atas, tempat dimana Si Ayahnya tuju tadi.

Bayangkan la. Hasrat ayah dan ibu dikampung menghantar anak - anak ke Universiti adalah dengan harapan tinggi agar anaknya dapat mengubah nasib keluarganya dimasa akan datang.


Tapi akhirnya, Si Anak hanya sekadar jadi Barua orang lain. Berbaloi ke ayah dan ibu berhempas pulas mencari nafkah untuk membantu Si Anak sambung belajar? Beruntungkah ayah dan ibu dikampung bila anaknya pulang dengan tangan kosong? Korang fikir la sendiri!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...