AIDCNews – 23/9/14 – Seorang facebooker, Mohd FauziMuhammmad mendedahkan walaupun gaji Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat
Ekonomi Selangor hanya bernilai RM1 sahaja namun Ketua Umum PKR itu menuntut RM
15 juta untuk tempoh perkhidmatannya di jawatan itu dari 2009-2014.
Pendedahan Mohd Fauzi sebagai susulan penutupan pejabat
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dilakukan serta merta semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan
(MBI), Faekah Husin dilaporkan Mstar berkata, perkara itu dipersetujui pada
mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat
Ekonomi Negeri Selangor.
“Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi
telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan
jawatan yang disandang,” katanya.
No comments:
Post a Comment