06 September 2014

KETUM APA KESUDAHANNYA?

Kementerian Dalam Negeri akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras gejala penyalahgunaan dan penanaman daun ketum di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil berikutan penyenaraian daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, mulai tiga bulan pertama tahun depan.

Katanya, beliau sendiri menandatangani arahan penyenaraian terbabit dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pewartaan tidak lama lagi.

"Berdasarkan peruntukan ADB, ia telah memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk memasukkan bahan-bahan yang diklasifikasikan sebagai dadah ke dalam jadual akta terbabit.

"Dengan mengambil kira kesan negatif yang timbul, saya telah bersetuju menyenaraikan ketum, air ketum ataupun bahan-bahan berasaskan ketum ini di bawah jadual tersebut dan dengan itu diharap proses pembanterasan ketum secara haram ini akan dilakukan tidak lama lagi.

"Sehubungan itu, kita berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membanteras gejala penyalahgunaan ketum ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Pendidikan Guru (IPS) Kampus Darul Aman, Jitra di sini hari ini.

FAKTA TENTANG DAUN KETUM

Daun pokok ketum terkandung sejenis bahan kimia yang dipanggil mitraginin yang dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan, Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diistiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Antara kesan buruk penyalahan melampau daun ketum ialah susut berat bandan, insomnia, anoreksia, bibir menjadi kering, sembelit dan kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.

Kesan-kesan penyingkirannya pula adalah simptom-simptom seperti mata dan hidung berair, sengal-sengal sendi, mudah marah dan lemah untuk bekerja.

Admin sarankan kepada mereka yang suka minum air ketum hentikanlah tabiat ini, bukan apa takut nanti akan didakwa di bawah akta dadah berbahaya dan dipenjarakan.

Mari kita layan lagi KETUM ni,,mudah-mudahan mendapat manfaat dari nya...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...