
'Himpunan Gesa PAS Keluar PR' anjuran Lensa Anak Muda
Malaysia (Lensa) itu adalah sebagai satu asakan terhadap PAS yang kian lantang
mengecam Anwar sejak berlakunya krisis pentadbiran negeri Selangor.
Malah, beberapa pemimpin PKR dilihat memberi sokongan terhadap
penganjuran tersebut dengan menyebarkan maklumat berhubung himpunan itu
menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
Krisis dalaman PAS dilihat kian kronik sehingga gagal
mencapai sebarang pendamaian pada Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung
baru-baru ini.
Malah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi
ucapan penggulungan secara terbuka tidak mengiktiraf tindakan memecat Tan Sri
Khalid Ibrahim sekaligus membidas tindakan PKR 'mencuri' dua Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PAS yang disifatkannya tidak beretika.
Perpecahan PAS turut dilihat semakin ketara apabila kumpulan
pro Ulama' bertikam lidah pimpinan yang dilabel sebagai pro Anwarinas.
Antara pemimpin PAS Pro Ulama' yang lantang mengecam PKR dan
DAP termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tanwawi dan Nik Abduh
Nik Aziz.
Manakala pemimpin Pro Anwarinas termasuk Naib Presiden PAS, Datuk
Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad didakwa
merancang menumbangkan Abdul Hadi dari terus memimpin parti Islam tersebut.
Setakat ini, kumpulan Pro Anwarinas telah menubuhkan
Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai salah satu langkah
memastikan PAS terus kekal bersama PKR dan DAP.Sumber