30 April 2013

DOA KHAS DARI SEBERANG - SIAPA YANG TERASA?

1. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.  

2. Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.  Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.

3. Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’  seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti.  Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.

4. Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.  Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.  Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.   Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.  Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.

Tentulah ini tidak masuk akal.

5. Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.  Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.  Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.  Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya? 

6. Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.  BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim. Sumber

26 April 2013

TU DIA! RAHSIA TERBESAR UST AZIZAN TELAH TERBONGKAR?


Mungkin ramai yang tak tahu tentang hal ini.. Selain daripada anti kepada Dap, Ust Azizan juga anti kepada Anwar Ibrahim kerana dari dulu lagi Ust Azizan tak percaya kat Anwar kerana sikap sikap Anwar sebelum ini..Tapi nak buat macamana dah Pok Nik Ajis dan Hadi Bawang jilat sangat si Anwar tu..Mau tak mau Azizan kena la ikut..

Tapi dalam hati, Aku rasa Ust Azizan masih benci kat Anwar sebab tu puak Phahrolrazi marah sangat kat Azizan sampai la ni..Dengar lah sendiri apa yang dikatakan oleh Tan Sri ZAM dibawah


23 April 2013

JANJI PAKATAN RAKYAT DI KEDAH - JANJI TINGGAL JANJI #SAVEKEDAH

Dalam PRU12 dan sebelum²nya kita sering didendangkan dan dijanjikan dengan pelbagai janji-janji dan lagu-lagu yang enak kepada rakyat Negeri Kedah. Ini demi untuk PAS KEDAH mendapatkan kuasa yang sementara dan sedikit ini.

Janji yang paling ketara ialah Negara Islam, Hukum Hudud dan tidak lupa juga (terkini) negara Kebajikan.

Apakah ini hanya janji di bibir mulut atau mereka benar-benar serius dalam hal ini?
Selepas 5 tahun memerintah, janji-janji ini rupanya hanyalah tin kosong. Di Ketuk bunyinya kuat tetapi isinya tiada. Sebenarnya mereka (pemimpin-pemimpin) PAS tahu apa yang penyokong mereka suka dengar terutama yang serbannya besar di atas kepala. Janji-janji tersebut adalah ibaratkan janji syurga kepada mereka.

Ini yang membuatkan penyokong-penyokong mereka ini menutup telinga serta memejamkan mata daripada mendengar orang lain walaupun banyak perkara yang diperkatakan itu benar dan ditunaikan.

Exco Agama sehingga kini tidak pernah menyentuh untuk menjadikan Kedah sebuah negeri Islam hatta nak 'declare' Kedah sebagai Serambi Kelantan pun tidak berani. Hukum-syariah sedia ada pun masih dikekalkan, tiada yang diubah untuk memperelokkkan lagi. Janji Hukum Hudud sudah dilupakan!

Jawapan standard yang diberi bila ditanya samada oleh media atau di DUN ialah ini negeri pemerintahan PR. Sekali lagi penyokong PAS ditipu! Atau kita tunggu Kelantan laksana dulu.
Kedah Times sehingga hari ini masih tidak mendengar sebarang komen atau ceramah PAS yang secara terang-terang tidak menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam bible mereka. Jangan harap nak dapatkan komen dari Exco Agama atau MB sendiri. Apa sudah jadi dengan kerajaan ini sebenarnya.

Dalam kes-kes melibatkan Agama Islam pun mereka tiada 'stand' sebaliknya hanya diam diri macam orang terkedu kena pukulan dari belakang!

Inilah belang sebenarnya Pemimpin-pemimpin PAS, janji syurga kepada pengikutnya walaupun mereka sendiri tahu yang mereka tidak mampu untuk memberinya.
Tetapi apa yang berubah dan bertambah ialah pusat karaoke, pub serta rumah urut yang semakin bertambah di Alor Setar dan Sg Petani.

Inilah Negeri Sejahtera sebenarnya. Lesen Arak di Langkawi semasa ceramah dulu berbuih-buih mulut nak dihapuskan tetapi nampaknya yang ada masih kekal dan yang baru dikeluarkan. Kulim Golf Club tanpa segan silu hidang arak kepada pelanggan. Kelab Sg Petani dah jadi macam nite club di Thailand. Jalan Alor mengkudu sudah ada nite club terbuka. Ini semua ZAMAN PAS KEDAH masih dikekalkan sehingga bertemu PRU13 dua minggu lagi .... SUNGGUH MENYEDIHKAN !!!

Program-program mengimarah Masjid sudah berkurangan kerana mereka cuba memasukkan unsur-unsur politik kepartian mereka ke dalam masjid. Orang naik benci dan masjid jadi kosong.

Adakah ini balasan Allah atau ujian Allah. Sudah tentu PAS kata ini ujian Allah.
Tetapi kalau dikaji secara terperinci, inilah balasan Allah kepada orang Munafik yang suka menabur janji-janji yang mereka tidak pernah dan boleh tunaikan. 

Mereka itulah yang anda kenali sebagai PIMPINAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA NEGERI KEDAH ... Sebuah Parti ISLAM Paling Penipu Atas Muka Bumi Allah ini ... hanya pandai KELENTONG RAKYAT menggunakan Agama Islam sebagai alat atau topeng sahaja.

21 April 2013

SEKITAR PENAMAAN CALON P04 LANGKAWI


LANGKAWI - Calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) di Langkawi bertekad mempertahankan kesemua tiga kerusi yang dipertandingkan di pulau tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei ini.

Calon Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dan calon DUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abd. Hamid serta calon DUN Kuah, Nor Saidi Nayan yakin boleh mencapai sasaran tersebut untuk kesinambungan pembangunan penduduk di pulau itu.

Nawawi berkata, BN dijangka tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi-kerusi itu kerana Langkawi secara tradisinya adalah kawasan putih bagi BN.

"Tidak ada masalah bagi saya untuk menggalas tanggungjawab ini kerana sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada BN," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman calon BN di Anak Bukit di sini hari ini.

Beliau berkata, pengalamannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco kerajaan negeri menambah lagi keyakinan para pengundi untuk memilih BN.

Mohd. Rawi pula berkata, penerimaan rakyat akar umbi terhadap program dan perkhidmatan selama ini meyakinkan beliau BN akan terus menguasai kerusi tersebut..

"Saya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk memegang kerusi DUN Ayer Hangat dan yakin akan menang.

"Saya juga yakin BN dapat merampas semula pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam tempoh lima tahun ini, pakatan pembangkang tidak membawa perubahan dan pembangunan kepada negeri," katanya.

Sementara itu, Nor Saidi yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Langkawi pula berkata, beliau amat berterima kasih dengan pucuk pimpinan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi berkenaan.





PEMIMPIN UTAMA PAS BAKAL BERKUBUR DI KEDAH #SAVEKEDAH


Memang kali ni UMNO/BN Kedah akan menempa SEJARAH baru. Sejarah yang tak pernah dibuat oleh UMNO/BN Kedah pada mana-mana PRU sebelum ni. Sejarah yang akan terpalit meninggalkan kesan yang pedih pada PAS, khususnya di Kedah.

PAS Kedah telah mengesahkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan pemimpin PKR kesayangan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, akan bertanding di Kedah pada PRU ke-13 kali ini.

Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang menentang tokoh UMNO Kedah, Datuk Othman Abdul, Mahfuz pula akan berentap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di Parlimen Pokok Sena.

Manakala adik Datuk Shahlan, Saifuddin akan menghadapi Ketua UMNO Bahagian, Datuk Aziz Syiekh Fadzir di Parlimen Kulim-Bandar Bharu.

Sebenarnya saya tidak sabar untuk menyaksikan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Haram itu berentap dengan tokoh-tokoh UMNO/BN di Kedah. Siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah agaknya?

Sejak dinafikan untuk bertanding di Parlimen Kuala Kedah dulu, Mat Sabu dari dulu teringin sangat nak bertanding di Kedah sekali lagi. Dia mahukan Pendang khabarnya disebabkan parlimen itu sangat “mesra” dengan fahaman Syi’ah.

Lagipun, beberapa kroni-kroninya di dalam PAS Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Nasir Mustapha dan Dr. Ismail Salleh mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden PAS itu untuk bertanding di Kedah kali ini.

Khabarnya Mat Sabu akan dijadikan “cable” mereka untuk menggulingkan “boss” PAS Kedah yang serba tak tahu, Azizan Razak!

Hakikatnya, calon BN kali ini bukan calang-calang. Datuk Othman Abdul boleh dikategorikan sebagai “panglima perang” UMNO/BN yang disegani kawan dan lawan, khususnya di kampung halamannya di Pendang.

Sebut saja nama “Tok Man Bedoi”, orang PAS totok pun angkat ibu jari ke atas menandakan beliau adalah seorang pemimpin yang hebat, popular dan disukai rakyat.

Berbanding dengan Mat Sabu, dia hanyalah orang luar yang datang merempat di tempat orang! Apa jasa Mat Sabu di Pendang? Apa pahalanya di parlimen itu? Sebarkan fahaman Syi’ah, kah? Apa yang dia cari di Pendang? Normah ke-3 untuk dijadikan isteri?

Lagipun, orang PAS Pendang memang tolak Mat Sabu kecuali kroni-kroni Taulan Rasul yang dipercayai telah dipengaruhi Phahrolrazi dan konco-konconya. Golongan ulama PAS di Pendang memang tolak Mat Sabu disebabkan fahaman Syi’ahnya.

Mahfuz? Sudah lama orang Pokok Sena nak tolak dia ke longkang. Cakap saja lebih, tapi satu apa pun dia tak tahu buat. Tapi, dengan kehadiran Datuk Shahlan yang berhujah dengan berlandaskan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW, saya yakin Mahfuz akan tertiarap di parlimen itu kali ini.

Kalau setakat SRP tak lulus dan hanya berpengalaman mengendalikan beg-beg di lapangan terbang, rasanya lebih baik Mahfuz tarik diri saja sebagaimana yang dinasihatkan Tun Dr. Mahathir padanya. Bukan apa, buat malu orang Pokok Sena saja…
Saifuddin Nasution pula pernah bertanding di Padang Serai pada tahun 2004 tapi kalah ditangan calon BN, Lim Bee Kau, dengan majoriti BN melebihi 10,000 undi. Pada tahun 2008, orang Kedah itu lari ke Kelantan untuk bertanding di Machang, “mencuri” kerusi selamat PAS di sana.


Di Machang, dia menang dengan majoriti tipis sebanyak 1460 undi sahaja berdepan dengan Datuk Sazmi Miah. Dia menang dengan majoriti kurang dari 1,500 undi disaat UMNO/BN dilanda “tsunami” politik 2008? Memalukan sungguh!

Dan kini, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Haram tak tahu malu itu sah bertanding di Kedah. Mereka tak boleh lari lagi. Khabarnya, ketiga-tiga orang tak guna ini akan di“aqiqah” dan di“kenduri” beramai-ramai oleh orang Kedah pada 5 Mei ini.

Apa pun kita tunggu 5 Mei ini. Nak cakap mereka “confirm” kalah, nanti bunyinya macam orang PAS yang sifatnya lebih tahu dari pengetahuan Allah SWT. Tak pasal-pasal nanti saya dikafirkan sekali lagi oleh puak-puak penganut ajaran PAS itu..kan?

16 April 2013

SENARAI RASMI CALON BN KEDAH


Senarai Rasmi Calon BN Kedah diumum sebentar tadi!

Langkawi - Nawawi Ahmad
Ayaq Hangat - Mohd Rawi Abd Hamid
Kuah - Nor Saidi Nayan

Jerlun - Othman Aziz
Kota Seputih - Abu Hassan Sharif
Ayaq Hitam - Mukhriz Mahathir

Kubang Pasu - Johari Baharom
Bkt Kayu Hitam - Zaini Jaafar
Jitra - Amiruddin Omar

Padang Terap - Mahadir Khalid
Kuala Nerang - Badrul Hisham
Pedu - Pn Kama Noriah

Pokok Sena - Sahlan Ismail
Bukit Lada - Lebai Sudin
Derga - Cheah Soon Hai
Bukit Pinang - Mokhtar Noor

Alor Setar - Chua Che Heong
Bakar Bata - Ahmad Bashah
Kota Darulaman - Loo Gim Hui
Alor Mengkudu - Sharifah Maznah

Kuala Kedah - Dr Zaki
Anak Bukit - Hashim Jahaya
Kubang Rotan - Latt Shariman
Pngkalan Kundur - Pn Nor Hashitah

Pendang - Othman Abdul
Tokai - Najmudin Darus
Sg. Tiang - Suraya Yaakub

Jerai - Jamil Khir Baharom
Sg Limau - Fadzilah Mohd Ali
Guaq Chempedak - Ku Rahman
Gurun - Dr Leong

Sik - Mansur Abd Rahman
Belantik - Tajudin Abdullah
Jeneri - Mahadir Abd Hamid

Merbok - Ismail Daud
Bkit Selambau - Maran Muthaya
Tnjung Dawai - Tajol Urus

Sg Petani - Shamsul Anuar
Pantai Merdeka - Ali Yahaya
Bakar Arang - Lee yuan yuang
Sidam - Pee Siong Heng

Baling - Azeez Rahim
Bayu - Azmi Che Husin
Kupang - Harun Abd Aziz
Kuala Ketil - Khairul Azhar

Padang Serai - Heng Sai Kee
Merbau Pulas - Marlia Abd Latif
Lunas - Ananthan Sumasunderam

Kulim Bdr Bharu - Aziz Shiekh Fadhil
Kulim - Chua Teong Kee
Bdr Baharu - Sabrina Mohd Noor

PAS KANTOI LAGI - ISU PENGUNDI HANTU

Warga Myammar mendapat IC Biru?.... Kononnya nk bg UMNO kantoi la alih2 Kaldai DAp iaitu PAS yg kantoi malu....


Baru baru ini si Mahfuz Omar PAS Pokok Sena telah diperkudakan oleh cina Dap Kedah mendakwa kononnya tukang kebun di Wisma Darul Aman seorang pendatang dari Myanmar mempunyai IC biru dan diberi kerakyatan oleh BN..

Namun semalam Tuan punya badan sediri telah hadir menjelaskan bahawa beliau adalah warga negara Malaysia yang dilahirkan di Pengkalan Kundor, seperti dibawah,


Seorang tukang kebun di Wisma Darul Aman terkejut apabila dituduh pendatang asing dari Myanmar dan menerima taraf kewarganegaraan secara tidak sah bagi membolehkannya mengundi dalam beberapa pilihan raya umum lalu.

Ramli Ahmad, 48, berkata, tuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana dia dilahirkan di Pengkalan Kundor, Kedah dan kedua ibu bapanya iaitu Ahmad Syaarie dan Midah Abdullah berasal dari Kemaman, Terengganu.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana pihak berkenaan boleh mendapatkan butiran peribadinya kerana tidak pernah menyerahkan dokumen itu melainkan sewaktu memohon bantuan ketika menghadapi bencana banjir.

DAH NAMANYA POWN KALDAI DAP...OTAK POWN DH TAHAP KALDAI... LAGU MANA LA SI MAHFUZ NI ORG POKOK SENA BOLEH TERIMA DIA MENJADI AHLI PARLIMEN MEWAKILI MRK? PELIK...PELIK...

15 April 2013

PELANCARAN GELOMBANG BIRU DUN AYER HANGAT

LANGKAWI - ‘Gelombang Biru’ Barisan Nasional (BN) Langkawi siap siaga dengan semangat bersatu hati dan kesetiaan untuk menjadi penggempur hadapan parti itu di seluruh pelusuk bagi memenangi pilihan raya umum ke-13.


Selain laungan bersedia penuh bersemangat bagi menempuh cabaran pada majlis pelancaran Jentera PRU13 Wanita UMNO Langkawi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilim di sini semalam, hampir 300 anggota parti, terutama golongan muda, turut berikrar memastikan kemenangan parti di semua PDM Langkawi.

Mereka juga berikrar setia menjadi jentera kepada mana-mana calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Selain itu, kehadiran Dato Paduka Abu Bakar Taib yang disifatkan UMNO sebagai ‘ayahanda’ turut mendapat tepukan gemuruh anggota jentera, sekali gus menandakan apa yang dilapor dalam fb semalam hanyalah mainan pembangkang.

Pengerusi BN Parlimen Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad yang bertindak sebagai Pengarah PRU13 P04 Langkawi, dalam ucapannya, berkata setiap jentera parti komponen itu adalah pemuda perkasa dan pemudi bersemangat wirawati yang menjadi pendokong kuat.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita, Putri dan Pemuda bahagian. Gimit pelancaran adalah meletakkan pelekat “Gelombang Biru, Jom Undi BN”. 

14 April 2013

RAMALAN PAKAR FENG SHUI - KEDAH DAN SELANGOR MILIK BN

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.


David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.
Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.
Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan. - Bernama

Seharunya PAS memang patut tewas di Kedah,

Ada juga orang-orang biasa yang cakap tiada beza keadaan sosial rakyat jelata tiada beza antara pemerintahan BN dan PAS - ini suatu yang bahaya. Malah di dalam keadaan tertentu, jika dahulu masalah pengutipan sampah hanya berlaku di Alor Setar, namun kini beberapa majlis perbandaran menghadapi masalah sampah kerana kerenah kontraktor yang dipertanggungjawabkan. 

Jika diikutkan YB Mahfuz satu ketika dahulu, memang bertan-tan sampah dapat dilonggokkan di hadapan majlis-majlis bandaran kini.

Ada yang tak puas hati kerana Kerajaan Kedah tidak mengawal maksiat-maksiat yang ditegah Islam seperti hingga kini masih ada premis judi (nombor ekor), karaoke, arak dijual secara berleluasa di pasaraya di mana pekerja-pekerja Islam terlibat dalam mengangkut ke para-para jualan, juruwang-juruwang masih mengambil bayaran wang bagi arak ini dan mengisi ke beg-beg plastik. 

Malah terdapat juga rumah-rumah urut haram yang wujud walaupun di bawah pengetahuan majlis perbandaran, namun tidak dapat dilaksanakan penguatkuasaan kerana keengganan penguatkuasa dan polis membenteras aktiviti tak bermoral itu. Jadi bagi ahli PAS ini amat memedihkan mata memandangkan perjuangan kami adalah untuk kehidupan Islam.

Ada tak puas hati kerana MB Kedah suka melatah bila ahli melaporkan kegusaran mereka tentang kekecewaan mereka terhadap pentadbiran PAS di Kedah. Malah lebih menyedihkan teguran yang diberikan dibalas balik kononnya penegur menegur kerana agenda peribadi, ingin jawatan dan nama sebagainya. 

Hanya Allah yang Maha Mengetahui, namun ada penegur telah berputus asa. Sedangkan penegur kebanyakkannya menegur atas landasan Islam, yang membolehkan rakyat menegur pemerintah, jika ahli tidak boleh menegur maknanya tiada beza antara UMNO dan PAS. 

Malah mereka menegur kerana sayangkan Islam yang dibawa oleh PAS yang pada pandangan mereka kian hanyut atau terlalu lambat di dalam masa yang semakin beredar. Komen

13 April 2013

INI SEMUA KERJA UMNO?



KUALA LUMPUR 13 April - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media. 

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

 Dipetik Bernama, Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.

 "Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai.

"Sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen,' kata Mustafa sebelum masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

04 April 2013

DATUK SERI AZIZAN RAZAK JATUH SELEPAS PERKENAAN PEMBUBARAN DUN



Kesian KP tengok menteri besar kedah jatuh tersungkur selepas mengadap YDP Agong bagi mendapatkan perkenaan pembubaran DUN Kedah sebentar tadi. Mungkin ini tandanya kejatuhan PAS kedah.

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mentadbir negeri itu dengan profesional.

Selain itu, katanya Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri itu. Pendeka kata, dia sememangnya hebat, walaupun akhirnya dalam sidang media itu dia meminta “simpati” dari rakyat memandangkan dia baru saja sepenggal memerintah Kedah.

Dia membuat kenyataan itu apabila Datuk Mukhriz memintanya mempertimbangkan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Desakan itu dibuat memandangkan status kesihatannya yang sering terjejas sejak kebelakangan ini. Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...