LANGKAWI - Calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) di Langkawi bertekad mempertahankan kesemua tiga kerusi yang dipertandingkan di pulau tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei ini.
Calon Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dan calon DUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abd. Hamid serta calon DUN Kuah, Nor Saidi Nayan yakin boleh mencapai sasaran tersebut untuk kesinambungan pembangunan penduduk di pulau itu.
"Tidak ada masalah bagi saya untuk menggalas tanggungjawab ini kerana sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada BN," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman calon BN di Anak Bukit di sini hari ini.
Mohd. Rawi pula berkata, penerimaan rakyat akar umbi terhadap program dan perkhidmatan selama ini meyakinkan beliau BN akan terus menguasai kerusi tersebut..
"Saya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk memegang kerusi DUN Ayer Hangat dan yakin akan menang.
Sementara itu, Nor Saidi yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Langkawi pula berkata, beliau amat berterima kasih dengan pucuk pimpinan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi berkenaan.
No comments:
Post a Comment