04 April 2013

DATUK SERI AZIZAN RAZAK JATUH SELEPAS PERKENAAN PEMBUBARAN DUN



Kesian KP tengok menteri besar kedah jatuh tersungkur selepas mengadap YDP Agong bagi mendapatkan perkenaan pembubaran DUN Kedah sebentar tadi. Mungkin ini tandanya kejatuhan PAS kedah.

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mentadbir negeri itu dengan profesional.

Selain itu, katanya Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri itu. Pendeka kata, dia sememangnya hebat, walaupun akhirnya dalam sidang media itu dia meminta “simpati” dari rakyat memandangkan dia baru saja sepenggal memerintah Kedah.

Dia membuat kenyataan itu apabila Datuk Mukhriz memintanya mempertimbangkan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Desakan itu dibuat memandangkan status kesihatannya yang sering terjejas sejak kebelakangan ini. Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...