31 July 2012

SELAMAT HARI PAHLAWAN






Pagi tadi menyaksikan sambutan tahunan Hari Pahlawan yang biasa disambut pasa 31 Julai setiap tahun. Ianya juga pertama kali sambutan Hari Pahlawan tidak dilakukan di Tugu Negara atas fatwa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yamh pertama kali membuat pendapat ini pada 7 Oktober 1985. Dalam titah ucapan, DYMM Seri Paduka  Baginda Yang Dipertua Agong mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengekalkan semangat patriotism, yang perlu dipupuk dan semarakkan.

30 July 2012

MERDEKA 55 TAHUN JANJI DITEPATI



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi. "katanya dalam satu kenyetaan di sini.

Rais berkata akan ada beberapa bahan promosi lain menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - Bernama

29 July 2012

GEMPAR - POHON OLIMPIK POKOK YAHUDI




Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu... 

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. ! 

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

PANAS - NASIHAT USTAZ KAZIM KEPADA USTAZAH SEGERA


"Baru pakai tudung dah nak jadi Ustazah", kata Ustaz kazim. Mari kita tonton video kat bawah ni..



TERKINI - KARPAL SINGH TETAP TENTANG HUDUD PAS



DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya. Sumber


26 July 2012

JANJI DITEPATI : BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN



KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.


Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.


Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.


Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menghargai usaha dan keprihatinan Perdana Menteri yang telah mengumumkan bonus dan bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.


Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian berkenaan dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam menghadapi musim perayaan akan datang.


"Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman tersebut dan berharap setiap penerima menggunakan wang berkenaan secara bijak.


"Pemberian bonus ini menjadi suntikan semangat kepada setiap penjawat awam agar menjalankan tugas dengan lebih komited manakala bagi pesara pula terus menyokong program pembangunan negara,'' katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA

25 July 2012

PANAS!! UCAPAN KARPAL SINGH MENOLAK HUDUD




Lain kali periksa dulu sumber, jangan main lepas saja. Lepas tu sebarkan dikhalayak ramai. Setakat mahu mendapatkan pengaruh, beliau sangup mengeluarkan fakta yang tidak betul. Ini bukan standart seorang ilmuan apatah lagi beliau di kenali sebagai USTAZ.

Sekarang jelas, Karpal Singh TIDAK akan terima NEGARA ISLAM apatah lagi HUDUD. Jadi semua jelas sekarang, pembohongan dan kejahilan seorang Ustaz untuk memehami kata-kata Karpal Singh.

16 July 2012

UMNO MENDESAK PUSAT HIBURAN DI SIASAT



Kerajaan negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini terutamaan di bandar raya ini yg telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah berkata banyak blog dan laman sosial facebook yang mendedahkan tentang pusat-pusat hiburan itu dan jelas menunjukkan masyarakat tidak suka dengan kewujudan pusat hiburan.

Katanya ada diantara pendedahan berkenaan memaparkan persembahan daripada wanita dengan berpakaian seksi serta menujukkan gambar golongan remaja melayu mengunjungi tempat berkenaan.

Kerajaan negeri perlu menyiasat sama ada pusat hiburan itu berlesen atau tidak dan mengambil tindakan sewajarnya, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di sini.

12 July 2012

PANAS!! KEDAH PUSAT HIBURAN TERBAIK DI MALAYSIA



Apa dah jadi dengan negeri Kedah, pusat hiburan tumbuh seperti cendawan. MB hanya berdiam diri dan salahkan orang lain dalam hal ini?.

Bab kelulusan lessen pusat hiburan di Kedah di dalangi oleh Phahrolrazi. Apa bila isu ini dibongkarkan beliau menuduh KCS dan pegawai kerajaan tempatan cuba memperburukkan kerajaan negeri. 


Menurut sumber dalaman Pas, beberapa taukeh cina ada datang berjumpa beliau untuk mendapatkan lessen kelulusan pusat hibutan. Ini adalah salah satu contoh bukti surat yang ditandatangi oleh EXCO terbabit - SUMBER




TERKINI!! SESIAPA TERJUMPA ATAU KENAL NOR HIDAYAH HASSAN KERANA BELIAU LARI DARI RUMAH SEJAK SEBULAN LALU.






Marilah sama-sama kita membantu ibu ini, Puan Jisni Hassan, 36, dari Kampung Ranggut, Mukim Padang Matsirat, Langkawi mencari anak sulungnya, Nor Hidayah Hassan, 19, (gambar kecil) yang lari dari rumah sejak lebih sebulan lalu. Jika anda ada maklumat sila hubungi Puan Jisni 019-5974223 atau suaminya, Hassan (019-4226081).
 



SUAMI SANGGUP CERAIKAN ISTERI GARA-GARA TIDAK MENYOKONG PAS



Inikah ajaran songsang yang dipelopori ulama-ulama PAS yang ditanam dalam benak sanubari ahli mereka yang bermati -matian mempertahankan PAS .PAS sebenarnya bukan Islam dan Islam bukannya milik PAS .Mana dalil dan nas yang kata boleh menceraikan isteri sebab tidak menyokong Pas??

Inilah wajah-wajah pengikut Ahlul PAS wal jamaah yang mengikut secara membabi-buta sahaja apa yang pemimpin-pemimpin mereka kata.Mereka tidak berada diatas landasan sebenarnya Ahlil Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang menjadi pegangan UMNO sejak dahulu  lagi.

Mereka hanya bertaklid atas apa sahaja pemimpin mereka kata dan menerimanya sebagai kata-kata kebenaran yang harus diikuti oleh seluruh umat islam.Segala fatwa dan arahan oleh Iman-imam Besar di dalam PAS diikuti tanpa banyak bicara betul atau pun salahnya.Kalau disuruh bunuh ahli UMNO pun depa nie sanggup sebab katanya JIHAD menentang munafik UMNO. 


PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.


Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini. - UTUSAN



11 July 2012

POLIS SEDANG SIASAT SIAPA DALANG DISEBALIK AMUKAN 'IMAM MAHADI'




KUALA LUMPUR 11 Julai - Siasatan berhubung kes dua individu yang menyerang seta mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin akan dibuat secara menyeluruh termasuk kaitan mereka dengan pertubuhan ajaran sesat.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang meneliti laman-laman sosial termasuk blog dan Facebook milik suspek lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, untuk menyiasat sejauh mana penglibatannya dengan kumpulan ajaran sesat.


“Siasatan awal mendapati, kejadian amuk ini bukan dirancang dan ia bukan satu komplot besar. Apa pun saya memuji tindakan pantas yang diambil oleh pengawal keselamatan dan anggota polis di lokasi kejadian," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Liga Balai Siri 1/2012 di Balai Polis Puchong dekat sini hari ini. - UTUSAN




500 ORANG BERDEMONTRASI DI HADAPAN PEJABAT MB SELANGOR



Kira-kira 500 orang mengadakan demontrasi aman di bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini bagi membantah pentadbiran menteri besar, Tan Sri Abdul Khadir Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa.SUMBER

05 July 2012

WARGA KUIN MENDESAK SUPAYA REKTOR MELETAK JAWATAN




ALOR SETAR- Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Datuk Dr Jamil Osman, tidak perlu meletak jawatan kerana kolej itu tidak menghadapi sebarang masalah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sebaliknya, katanya, isu yang timbul sengaja dibangkit kerana pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja. "KUIN ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan 200 warga kerja KUIN semalam agar Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar.
Mengulas lanjut, Azizan berkata Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.


Walau pendedahan berkenaan salah laku Dato' Jamil Osman telah di buat kepada Menteri Besar Kedah melaui surat yang telah di hantar kakitangan KUIN pada 12/06/2012 namun Azizan Razak masih tetap mempertahankan Rektor yang di lantiknya.


Persoalannya ialah sampai bila kakitangan KUIN terus ditindas dan tidak diberi hak untuk bersuara.
Apakah tindakan Azizan mempertahankan Dato' Jamil, kebajikan tenaga kerja dan pelajar akan terbela?.






KUAT KUASA HARI INI RON97 TURUN 20 SEN


KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 sudah turun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.

"Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran." katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lalu. BERNAMA


04 July 2012

PROJEK RM 1.8 BILION BELUM DILULUSKAN OLEH EXCO KELANTAN




Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai merupakan Lebuh Raya Rakyat yang dicanang kerajaan Pas hanyalah retorik saja. Yang terbaharu kelulusan projek ini belum mendapat persetujuan exco negeri. Apakah rakyat akan dipersalahkan? kenapa rakyat perlu membayar kos pembinaan projek ini?  Adakah ia politik Pas yang cuba mengaburi rakyat tentang pembangunan. Jawapannya, tidak sama sekali dan jangan menjadi alat politik Pas yang jumud.



KOTA BHARU 2 Julai - Walaupun projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai masih belum diluluskan mesyuarat Exco, Kerajaan Pas Kelantan telah meminta rakyat negeri itu menghulurkan derma bagi membantu pembinaan projek tersebut.


Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Beliau mengakui ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco pada 4 Julai ini dan kerja-kerja awal untuk membina lebuh raya tersebut bermula sebaik sahaja pelan yang diukur oleh juru ukur bertauliah diluluskan.


Menurutnya, sehingga kini hanya 30 kilometer daripada 78 kilometer jajaran untuk membina lebuh raya tersebut siap diukur dan akan dibawa ke dalam mesyuarat Exco Rabu ini.

PENDEDAHAN BERANI SKANDAL RM1 BILION KERAJAAN SELANGOR


KUALA LUMPUR 3 Julai - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.

Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan. Sumber




03 July 2012

TERKINI!! KAKITANGAN KUIN BERDEMONTRASI


Sebahagian kakitangan KUIN berdemontrasi di perkarangan pejabat KUIN di sini hari ini.

01 July 2012

BUKTI SEMANGAT ' CINTAKAN ISLAM ' OLEH DAP

Pas mendakwa memperjuangkan Islam tetapi Pas tidak melambangkan Islam dan Islam tidak dilambangkan oleh Pas, ia menggunakan Islam hanya untuk meraih undi pengundi Islam setiap kali menjelang pilihanraya.

Pas cuba untuk menyakinkan rakyat bahawa ia sajalah parti yang memperjuangkan Islam tetapi ia sebenarnya memperalatkan Islam. Pas menuduh UMNO sebagai kafir padahal UMNO telah memperjuangkan Islam sejak sebelum merdeka lagi perlembagaan persekutuan telah mengangangkat Islam sebagai agama Persekutuan.

Terlalu banyak janji yang tidak tertunai, Pas juga mengambil sikap bermusuhan dengan berbagai pihak (Istana, Wanita, Kakitangan dan Kerajaan Pusat) dan bersekongkol dengan DAP (Anti Negara Islam) dan PRM ( Sosialis Sekula Melayu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...