16 July 2012

UMNO MENDESAK PUSAT HIBURAN DI SIASAT



Kerajaan negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini terutamaan di bandar raya ini yg telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah berkata banyak blog dan laman sosial facebook yang mendedahkan tentang pusat-pusat hiburan itu dan jelas menunjukkan masyarakat tidak suka dengan kewujudan pusat hiburan.

Katanya ada diantara pendedahan berkenaan memaparkan persembahan daripada wanita dengan berpakaian seksi serta menujukkan gambar golongan remaja melayu mengunjungi tempat berkenaan.

Kerajaan negeri perlu menyiasat sama ada pusat hiburan itu berlesen atau tidak dan mengambil tindakan sewajarnya, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...