11 July 2012

POLIS SEDANG SIASAT SIAPA DALANG DISEBALIK AMUKAN 'IMAM MAHADI'




KUALA LUMPUR 11 Julai - Siasatan berhubung kes dua individu yang menyerang seta mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin akan dibuat secara menyeluruh termasuk kaitan mereka dengan pertubuhan ajaran sesat.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang meneliti laman-laman sosial termasuk blog dan Facebook milik suspek lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, untuk menyiasat sejauh mana penglibatannya dengan kumpulan ajaran sesat.


“Siasatan awal mendapati, kejadian amuk ini bukan dirancang dan ia bukan satu komplot besar. Apa pun saya memuji tindakan pantas yang diambil oleh pengawal keselamatan dan anggota polis di lokasi kejadian," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Liga Balai Siri 1/2012 di Balai Polis Puchong dekat sini hari ini. - UTUSAN




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...