KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 sudah turun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.
"Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran." katanya.
No comments:
Post a Comment