04 July 2012

PENDEDAHAN BERANI SKANDAL RM1 BILION KERAJAAN SELANGOR


KUALA LUMPUR 3 Julai - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.

Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan. Sumber




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...