05 July 2012

WARGA KUIN MENDESAK SUPAYA REKTOR MELETAK JAWATAN




ALOR SETAR- Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Datuk Dr Jamil Osman, tidak perlu meletak jawatan kerana kolej itu tidak menghadapi sebarang masalah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sebaliknya, katanya, isu yang timbul sengaja dibangkit kerana pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja. "KUIN ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan 200 warga kerja KUIN semalam agar Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar.
Mengulas lanjut, Azizan berkata Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.


Walau pendedahan berkenaan salah laku Dato' Jamil Osman telah di buat kepada Menteri Besar Kedah melaui surat yang telah di hantar kakitangan KUIN pada 12/06/2012 namun Azizan Razak masih tetap mempertahankan Rektor yang di lantiknya.


Persoalannya ialah sampai bila kakitangan KUIN terus ditindas dan tidak diberi hak untuk bersuara.
Apakah tindakan Azizan mempertahankan Dato' Jamil, kebajikan tenaga kerja dan pelajar akan terbela?.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...