26 September 2014

IRONMAN LANGKAWI 2014

IRONMAN makes its much anticipated return to Langkawi Island in September 2014. Located within a cluster of tropical islands that attract visitors the world over, the race will take athletes on a truly Malaysian cultural journey through tropical, hilly and demanding terrain passing traditional kampungs (villages), mangrove clusters and rainforest vistas.

IRONMAN Malaysia Experience

The ocean swim starts from a sandy beach on Legenda Park with a two-loop triangle out to Eagle Point and back. A two-loop bike course heads out of Kuah town on to an anti-clockwise loop from the Southeast up around Gunung Raya mountain and into the northwest. Athletes return to Kuah town for the run: four loops that wind through Legenda Park, market places and the local stadium before returning to cross the line at Dataran Lang where the giant eagle sculpture creates a formidable backdrop for this already imposing finish line.


There are 40 qualifying slots to the 2015 IRONMAN World Championship in Kaliua-Kona, Hawaii.


25 September 2014

TAHNIAH USTAZ MAT RAZI MENANG BERGAYA


Keputusan rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.


Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. 

Jumlah Undi BN : 9961
Jumlah Undi PAS : 7326
Jumlah Undi Bebas : 38
Majoriti : 2635
Turn Out PRK 2014 : 73.1%
Jumlah Peti Undi Diterima : 47
Jumlah Peti Undi Belum Diterima : 0
Jumlah Keseluruhan Peti Undi : 47
Majoriti PRU 13 : 1736
Turn out PRU 13 : 79.1%
BN tambah 213 undi berbanding PRU13
Majoriti BN bertambah 899, PAS hilang 1,112 undi berbanding undi yang PKR dapat pada PRU13

24 September 2014

TUNTUT ELAUN RM 15 JUTA - BETUL KE?


AIDCNews – 23/9/14 – Seorang facebooker, Mohd FauziMuhammmad mendedahkan walaupun gaji Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor hanya bernilai RM1 sahaja namun Ketua Umum PKR itu menuntut RM 15 juta untuk tempoh perkhidmatannya di jawatan itu dari 2009-2014.

Pendedahan Mohd Fauzi sebagai susulan penutupan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dilakukan serta merta semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin dilaporkan Mstar berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.


“Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang,” katanya.

23 September 2014

MB SELANGOR KE-15


Mohamed Azmin Ali, yang mengisi jawatan menteri besar Selangor ke-15 hari ini adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Khalid dipecat daripada jawatannya.

Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang membantah keras pelantikan semula Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta penyokong masing-masing.

Krisis antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Disember tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.

Permusuhan itu berlanjutan apabila Khalid memutuskan untuk menentang Azmin dalam pemilihan timbalan presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.

Pagi ini, Azmin secara rasminya menggantikan Khalid, menteri besar Selangor sejak 2008.

Kini tiba masanya Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

22 September 2014

TUDIAA - HADI DIBERI KATA DUA


SHAH ALAM: Saari Sungib hari ini menuntut Datuk Seri Abd Hadi Awang memberi penjelasan berhubung teguran keras Presiden PAS itu terhadap ADUN partinya yang menyokong PKR dalam isu menteri besar Selangor dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan 'barua'.

Malah, ADUN Hulu Kelang itu berkata jika benar dakwaan Hadi bahawa beliau telah dibeli, kepimpinan tertinggi parti itu perlu membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.

"Saya tak tahu apa maksud broker, barua, dicuri dan dibeli jadi PAS terpaksa jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini broker atau barua dan dibeli. Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit?

"Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar, kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran di muktamar tetapi kena melibatkan agensi yang membuat siasatan iaitu SPRM," tegasnya

Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membidas PKR sebagai mengkhianati tahaluf siyasi dan menyifatkan dua ADUN PAS di Selangor sebagai “barua” kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB negeri itu.

“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.

“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,” kata presiden PAS itu dalam menggulung muktamar PAS ke 60 yang berakhir semalam.

Sehubungan itu, Saari yang dihubungi berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat keahlian parti.

"Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli PAS maka saya terimalah," ujarnya.

21 September 2014

MUKTAMAR PALING KOTOR DALAM SEJARAH

Kuala Lumpur: Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang ‘paling membuang masa dalam sejarah terdekat’.

Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP).

“Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC,” kata Wan Saiful di dalam laman Facebooknya.

Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang lebih penting.

“Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
“Setakat ini Hadi merupakan seorang pemimpin yang baik tetapi, sejak beberapa bulan yang lepas, beliau seolah-olah telah mencapai tahap maksima kebolehan beliau.

“Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius untuk menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang. Gagal. Lemah. Lembik,” katanya.


Beliau berpendapat, untuk melangkah ke hadapan, mereka yang berperangai seperti Hadi dan penyokongnya perlu ditukar dengan mereka yang lebih berwawasan dan lebih faham gaya politik zaman moden.

“Seperti yang saya pernah katakan sejak 2011 lagi, Hadi seharusnya tidak mempertahankan lagi jawatannya dan harus megumumkan yang beliau tidak akan bertanding dari sekarang lagi, supaya PAS boleh bersedia untuk peralihan kuasa,” katanya.

Muktamar PAS akan berakhir semalam. Sumber

KAPAL MEWAH SELUDUP SENJATA API

LANGKAWI - Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari semalam, sepasukan anggota dan pegawai polis Bukit Aman serta Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu kapal mewah berkenaan selepas menerima maklumat suspek memiliki senjata api.

Suspek lelaki yang juga warga Afrika Selatan berusia 43 tahun manakala wanita warga Thailand berusia 30-an dikatakan berada di Malaysia sejak beberapa minggu lalu dan melabuhkan kapal mewah itu di jeti pulau berkenaan untuk melancong.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pemeriksaan menemui raifal serta peluru disimpan di bahagian enjin kapal berkenaan.

“Kami juga mendapati, pemilik kapal mewah berkenaan yang juga warga Afrika Selatan itu tidak memiliki dokumen pengesahan untuk menyimpan senjata api berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek menjadikan kapal mewah miliknya sebagai tempat menyimpan senjata api dan peluru oleh pemilik kapal lain yang berlabuh di situ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kawad Senjata Piala Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman seminggu bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kami juga masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek anggota kumpulan jenayah atau sebaliknya. Siasatan awal mendapati senjata api terbabit diperoleh dari negara lain untuk tujuan tertentu,” katanya.


19 September 2014

DOA BUAT MAT SABU

Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,” katanya lagi
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu (terperangkap?) dilihat turut menadah tangan.

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan.


Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.


18 September 2014

PAS KELUAR PAKATAN!

Ketegasan Hadi keluar dari hati yang ikhlas, PAS SEDIA KELUAR PAKATAN, sekiranya pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR!, Tidak ragu-ragu lagi,,,


PR BOIKOT MURTAMAR PAS

Pemimpin tertinggi PKR dan DAP dikhabarkan tidak akan menghadiri pada muktamar Pas pada kali ini. Mengikut sumber dari Malaysiakini PKR dan DAP hanya akan menghantar pemimpin-pemimpin peringkat rendah untuk mewakili parti masing-masing.

PKR dikhabarkan hanya akan menghantar Tian Chua dan Shamsul Iskandar manakala DAP berkemungkinan besar hanya akan diwakili oleh pemimpin Dap dari negeri Johor sahaja.

Kebiasaannya setiap kali muktamar diadakan pastinya pemimpin tertinggi seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Kit Siang dam Lim Guan Eng akan hadir sebagai tetamu khas tetapi mungkin tidak pada kali ini.

Ini adalah kerana PKR dan DAP sekarang amat marah dengan PAS terutama dengan kumpulan pro ulama yang tidak menyokong calon pilihan mereka untuk jawatan MB Selangor.Pemimpin PAS yang paling tidak “disukai” mereka sekarang adalah Abdul Hadi Awang yang merupakan presiden PAS kerana membuat kenyataan yang mengkritik kewibawaan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor dan juga sokongannya kepada Khalid Ibrahim untuk terus menjadi MB Selangor.

Sekiranya pemimpin tertinggi PKR dan DAP tidak hadir ia dijangka memberi sokongan moral kepada kumpulan pro ulama yang diketuai oleh presiden PAS .Seperti yang semua ketahui ucapan Mat Sabu yang mewakili kumpulan Anwarinas telah dipulau sebahagian wakil pemuda kelmarin kerana dilihat terlalu menyokong PKR dan DAP dan tidak menghormati kehendak presiden.

Sama-sama kita lihat adakah muktamar kali ini akan dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat atau sebaliknya.

17 September 2014

UCAPAN MAT SABU SURAM - MUKTAMAR PAS

KULAIJAYA - Muktamar Ulama Pas Pusat kali ke-53 hari ini membuka tirainya di IOI Palm Villa Golf Country Resort di sini,

Majlis perasmian muktamar sayap Pas itu bakal disempurnakan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Seramai lebih 500 perwakilan Ulama Pas mengambil bahagian dalam muktamar tahunan kali ini.

Pada sesi kali ini, ucapan dasar akan dibentang oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.

Suasana muktamar agak suram selepas kehilangan bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ada awal tahun ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan segelintir perwakilan Pemuda yang bertindak keluar ketika beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda Pas sebagai perkara biasa.

Mengulas perkara itu selepas selesai perasmian Muktamar Pemuda, Mohamad menolak tindakan itu sebagai satu protes, malah katanya, keluar masuk perwakilan ketika berucap itu perkara biasa.


"Mungkin mereka keluar pergi sembahyang dan sebagainya. Lagipun sudah masuk waktu Asar, yang mahu solat akan keluar sembahyang," katanya

15 September 2014

SEORANG LAGI RAKYAT MALAYSIA TERBUNUH DI SYRIA

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah yang berjuang di Syria, 

Mohd Lotfi Ariffin dilaporkan terbunuh selepas diserang hendap oleh tentera rejim Bashar Assad di Syria.

Menurut laman Facebook salah seorang pejuang rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, Abu Talhah II, selepas bertahun di penjara, Mohd Lotfi akhirnya syahid di Syria.

Namun demikian, pengkebumian jenazah Allahyarham terpaksa ditunda hari ini dan dilaporkan masih berada di Hospital Antarkia, Turki.


Ini berikutan beberapa proses dokumentasi perlu diselesaikan sebelum dibawa masuk ke Syria.

Dijangkakan jenazah akan tiba selewat-lewatnya esok (Isnin).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu, parti itu memecat Mohd Lotfi daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkannya ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

Dalam pada itu, seorang lagi pejuang di Syria, Akel Zainal II turut memuat naik status yang memberitahu kematian Mohd Lotfi

"Alhamdulillah, berita yang terbaharu tentang Ustaz Lotfi Ariffin (Abu Musab), telah berjaya syahid dalam mempertahankan agama Allah.

"Ustaz Lotfi telah syahid pada waktu Maghrib semalam. Semoga Allah menerima jual belimu 
Guruku, bergembiralah kamu mengecap nikmat Allah yg menjadi idaman seluruh makhluk," ujarnya dalam laman Facebooknya.

Allahyarham Mohammad Fadhlan menegaskan untuk tidak akan balik ke Malaysia setelah menjejakkan kaki ke Syria untuk bersama sebahagian rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan Ajnad As Syam.

Mohammad Fadhlan dilihat mengemas kini aktivitinya di Syria melalui laman Facebook dan kali terakhir Allahyarham berbuat demikian pada 23 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz turut berkongsi status Facebook mengenai kenangan bersama Mohd Lotfi.

11 September 2014

CALON BN N01 PENGKALAN KUBOR

BIODATA RINGKAS:

Nama: MAT RAZI bin MAT AIL
Umur: 49 tahun
No. KP: 651119-03-5219
Asal: Kg. Ketil (DUN Pengkalan Kubor)
Jawatan Sekarang: Penolong Pegawai PPD Tumpat (Pengurusan Sekolah)


Kelulusan:

BA (Hons) Sejarah & Persuratan Melayu UKM (1999)
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988)






Keluarga:

Isteri: Khairos bt Husin (Guru SK Simpangan Tumpat)
 Anak: 6 org (3 lelaki 3 perempuan)
Izamir(UiTM - Art&Design)
Nur Izati(UIA - Bahasa Arab)
Aizat(Maahad Tumpat)
Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
Nur Maisarah dan Zulfahmi(SK Simpangan, Tumpat)

Penglibatan Politik:

Semenjak 1990 sebagai Setiausaha Cawangan Simpangan, Tumpat
AJK Pemuda UMNO bermula 2005
AJK UMNO Bahagian bermula 2009

Kegiatan Kemasyarakatan:

Mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kg.Simpangan
pada 9.11.2012 dgn pengambilan pelajar seramai 50 orang
setiap hujung tahun.

Mantan ADUN Pengkalan Kubor, Dato Noor zahidi turut menyumbang
RM50ribu pada tahun 2013, untuk operasi pondok ini.
 Pengajian pelajar percuma, makan percuma.

 Pengalaman Kerjaya:

Mula berkhidmat pada 1988 di SK Bunohan (8 tahun)
1999 (SMK Sri Kurau perak)
2002(SMK Ayer Lanas, Jeli)
2003-2008 (SMK Geting) Guru Pemeriksa Sejarah.

Lain-lain:

Pernah menjadi johan tilawah alQuran Taranum semasa di Maktab.

Mula mengaji di Pondok TG Haji Wan Mat, Jal Besar
(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994)

Pergi haji pertama 1994. Haji ke2 pada tahun 2008.

Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.

MUHYIDDIN YASSIN MOHON MAAF UPSR BOCOR LAGI

KUALA LUMPUR: Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.

Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi.

Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa.

"Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar," katanya.
Menurut guru itu lagi, soalan bocor itu disebarkan dalam kalangan guru melalui aplikasi pesanan mudah alih tersebut.

Astro AWANI menunjukkan foto soalan-soalan Matematik Kertas 1 itu kepada calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Mereka mengesahkan soalan-soalan tersebut sama dengan yang kertas soalan yang mereka terima.

Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas enggan memberi sebarang kenyataan.
Lembaga Peperiksaan pada petang Rabu mengumumkan penangguhan peperiksaan UPSR bagi kertas Sains untuk ketiga-tiga sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil selepas mendapati soalan bagi kertas itu bocor.

Peperiksaan bagi kertas Sains dijadualkan pada Khamis pukul 8.15 pagi, tetapi kini ditangguhkan kepada tarikh baru pada 30 September iaitu selepas cuti penggal persekolahan.

Menurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak siasatan awal pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu.

Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Jumaat ini, sehari selepas UPSR selesai.
Sumber: Astro AWANI

08 September 2014

SULTAN SELANGOR DUKACITA

SHAH ALAM, 8 Sept - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap tindakan PKR dan DAP mengemukakan satu nama sahaja sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan kedua-dua parti itu disifatkan telah mengingkari titah Sultan Sharafuddin supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar.

"Dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon menteri besar Selangor yang baharu daripada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat seperti mana titah D.Y.M.M Sultan Selangor dalam surat bertarikh 27 Ogos 2014.

"Namun demikian hanya parti PAS yang akur dengan titah D.Y.M.M Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon menteri besar Selangor manakala DAP dan Keadilan masing-masing telah mengemukakan satu nama yang sama iaitu (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Mohamad Munir berkata tindakan kedua-dua parti itu bukan sahaja menggambarkan kebiadapan mereka terhadap institusi beraja tetapi juga merupakan perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor.

Beliau berkata titah Sultan Selangor bagi mengemukakan senarai lebih daripada dua calon menteri besar Selangor adalah satu amalan atau konvensi yang dilaksanakan baginda bagi membolehkan baginda membuat pilihan terhadap bakal menteri besar Selangor dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang Adun tersebut.

Ciri-ciri itu amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan lancar dan baik bagi keharmonian negeri berkenaan, kata Mohamad Munir.

"D.Y.M.M Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon dalam Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan bagi menerajui kerajaan Selangor," katanya.

Mohamad Munir berkata Sultan Selangor akan meneliti senarai nama calon yang telah diterima dengan mengambil kira segala aspek dalam menilai calon sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara D.Y.M.M Sultan Selangor, maka baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran D.Y.M.M Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri," katanya.

Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

AMK TUNTUT TARIK KENYATAAN HADI

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dikritik sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataannya bahawa Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak dipilih Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang kesal dengan kenyataan Abdul Hadi itu hari ini menuntut Ahli Parlimen Marang itu menarik balik kenyataan dibuatnya.

"Saya menggesa Presiden PAS agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan dan menarik balik kenyataan beliau yang telah mendakwa Presiden PKR sebagai tidak berkebolehan.
"Kenyataan itu amat tidak kena dalam semangat setia kawan pakatan apatah lagi dikeluarkan daripada Presiden sebuah parti komponen kepada Presiden parti komponen yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai mengkhianati kepercayaan Pakatan Rakyat.

"Pendirian 'flip-flop' PAS tidak boleh diterima. Ini tidak selaras dengan semangat menjadi rakan gabungan.
"Abdul Hadi menipu kita semua, termasuk ahli-ahli partinya sendiri dan ini adalah benar-benar mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi ketika menghadiri sesi dialog di Kuala Terengganu kelmarin menyatakan bahawa keputusan PAS menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu bukan kerana jantinanya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.


Beliau berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu.

Tudia, PAS tetap bertegas bakal MB bukan Wan Azizah,,banyak perkara perlu diperbetulkan,,renung2 lah


07 September 2014

MASJID DIPOLITIK KAN DEMI PPS DAP!


Khutbah Jumaat hentam kerajaan , puji & doa  Guan Eng sudah menjadi biasa  di beberapa buah masjid di P.Pinang .

 Sebabnya ada khatib macai DAP  dibenarkan naik &   menyalahgunakan   mimbar  Jumaat .   Terkini isu PPS pulak dijadikan bahan maki hamun  untuk menghasut rakyat benci POLIS
Apa yang khatib  ini tahu dan sayang sangat PPS ini ??

Adakah dia tahu  PPS itu majoritinya CINA DAP dan terbukti ramai anggotanya terlibat dadah dan memiliki rekod jenayah   serta beberapa rakyat telah dipukul dan dibelasah ??



WAN AZIZAH BUKAN PILIHAN PAS?

Ekoran PAS mencalonkan tiga nama dalam pemilihan Menteri Besar Selangor dengan turut mencalonkan Pengerusi PAS Selangor sebagai antara calon mewakili PAS selain Wan Azizah dan Azmin Ali telah menyebabkan PKR mengecam PAS sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai.

Susulan daripada kenyataan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution  yang mengecam PAS, akhirnya PAS membongkar kisah sebenar mengapa Wan Azizah bukan pilihan PAS?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membongkar kisah di sebalik pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor apabila mengakui PAS sejak sekian lama tidak bersetuju dengan pemilihan Wan Azizah Wan Ismail bagi memimpin pentadbiran negeri tersebut.

Beliau turut menyangkal dakwaan PAS menolak pencalonan Azizah atas sebab statut jantina semata-mata.

“Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia.

"Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh. SUMBER


AWAS KOPI BOLEH MENYEBABKAN SERANGAN JANTUNG

Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.

Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain.


Penularan produk kopi seharusnya di tapis dahulu sebelum dikeluarkan kepada pengguna. SUMBER

06 September 2014

KETUM APA KESUDAHANNYA?

Kementerian Dalam Negeri akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras gejala penyalahgunaan dan penanaman daun ketum di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil berikutan penyenaraian daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, mulai tiga bulan pertama tahun depan.

Katanya, beliau sendiri menandatangani arahan penyenaraian terbabit dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pewartaan tidak lama lagi.

"Berdasarkan peruntukan ADB, ia telah memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk memasukkan bahan-bahan yang diklasifikasikan sebagai dadah ke dalam jadual akta terbabit.

"Dengan mengambil kira kesan negatif yang timbul, saya telah bersetuju menyenaraikan ketum, air ketum ataupun bahan-bahan berasaskan ketum ini di bawah jadual tersebut dan dengan itu diharap proses pembanterasan ketum secara haram ini akan dilakukan tidak lama lagi.

"Sehubungan itu, kita berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membanteras gejala penyalahgunaan ketum ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Pendidikan Guru (IPS) Kampus Darul Aman, Jitra di sini hari ini.

FAKTA TENTANG DAUN KETUM

Daun pokok ketum terkandung sejenis bahan kimia yang dipanggil mitraginin yang dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan, Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diistiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Antara kesan buruk penyalahan melampau daun ketum ialah susut berat bandan, insomnia, anoreksia, bibir menjadi kering, sembelit dan kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.

Kesan-kesan penyingkirannya pula adalah simptom-simptom seperti mata dan hidung berair, sengal-sengal sendi, mudah marah dan lemah untuk bekerja.

Admin sarankan kepada mereka yang suka minum air ketum hentikanlah tabiat ini, bukan apa takut nanti akan didakwa di bawah akta dadah berbahaya dan dipenjarakan.

Mari kita layan lagi KETUM ni,,mudah-mudahan mendapat manfaat dari nya...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...