Pagi tadi menyaksikan sambutan tahunan Hari Pahlawan yang biasa disambut pasa 31 Julai setiap tahun. Ianya juga pertama kali sambutan Hari Pahlawan tidak dilakukan di Tugu Negara atas fatwa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yamh pertama kali membuat pendapat ini pada 7 Oktober 1985. Dalam titah ucapan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengekalkan semangat patriotism, yang perlu dipupuk dan semarakkan.
31 July 2012
30 July 2012
MERDEKA 55 TAHUN JANJI DITEPATI
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lepas.
Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi. "katanya dalam satu kenyetaan di sini.
Rais berkata akan ada beberapa bahan promosi lain menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - Bernama
29 July 2012
GEMPAR - POHON OLIMPIK POKOK YAHUDI
Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...
Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !
Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.
Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin
TERKINI - KARPAL SINGH TETAP TENTANG HUDUD PAS
DAP tetap menentang pelaksanaan
hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.
“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.
“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.
“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya. Sumber
26 July 2012
JANJI DITEPATI : BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN
KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menghargai usaha dan keprihatinan Perdana Menteri yang telah mengumumkan bonus dan bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian berkenaan dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam menghadapi musim perayaan akan datang.
"Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman tersebut dan berharap setiap penerima menggunakan wang berkenaan secara bijak.
"Pemberian bonus ini menjadi suntikan semangat kepada setiap penjawat awam agar menjalankan tugas dengan lebih komited manakala bagi pesara pula terus menyokong program pembangunan negara,'' katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA
25 July 2012
PANAS!! UCAPAN KARPAL SINGH MENOLAK HUDUD
Lain kali periksa dulu sumber, jangan main lepas saja. Lepas tu sebarkan dikhalayak ramai. Setakat mahu mendapatkan pengaruh, beliau sangup mengeluarkan fakta yang tidak betul. Ini bukan standart seorang ilmuan apatah lagi beliau di kenali sebagai USTAZ.
Sekarang jelas, Karpal Singh TIDAK akan terima NEGARA ISLAM apatah lagi HUDUD. Jadi semua jelas sekarang, pembohongan dan kejahilan seorang Ustaz untuk memehami kata-kata Karpal Singh.
16 July 2012
UMNO MENDESAK PUSAT HIBURAN DI SIASAT
Kerajaan negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini terutamaan di bandar raya ini yg telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah berkata banyak blog dan laman sosial facebook yang mendedahkan tentang pusat-pusat hiburan itu dan jelas menunjukkan masyarakat tidak suka dengan kewujudan pusat hiburan.
Katanya ada diantara pendedahan berkenaan memaparkan persembahan daripada wanita dengan berpakaian seksi serta menujukkan gambar golongan remaja melayu mengunjungi tempat berkenaan.
Kerajaan negeri perlu menyiasat sama ada pusat hiburan itu berlesen atau tidak dan mengambil tindakan sewajarnya, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di sini.
12 July 2012
PANAS!! KEDAH PUSAT HIBURAN TERBAIK DI MALAYSIA
Apa dah jadi
dengan negeri Kedah, pusat hiburan tumbuh seperti cendawan. MB hanya berdiam
diri dan salahkan orang lain dalam hal ini?.
Bab kelulusan
lessen pusat hiburan di Kedah di dalangi oleh Phahrolrazi. Apa bila isu ini
dibongkarkan beliau menuduh KCS dan pegawai kerajaan tempatan cuba
memperburukkan kerajaan negeri.
Menurut sumber dalaman Pas, beberapa taukeh
cina ada datang berjumpa beliau untuk mendapatkan lessen kelulusan pusat
hibutan. Ini adalah salah satu contoh bukti surat yang ditandatangi oleh EXCO
terbabit - SUMBER
TERKINI!! SESIAPA TERJUMPA ATAU KENAL NOR HIDAYAH HASSAN KERANA BELIAU LARI DARI RUMAH SEJAK SEBULAN LALU.
Marilah sama-sama kita membantu ibu ini, Puan Jisni Hassan, 36, dari Kampung Ranggut, Mukim Padang Matsirat, Langkawi mencari anak sulungnya, Nor Hidayah Hassan, 19, (gambar kecil) yang lari dari rumah sejak lebih sebulan lalu. Jika anda ada maklumat sila hubungi Puan Jisni 019-5974223 atau suaminya, Hassan (019-4226081).
SUAMI SANGGUP CERAIKAN ISTERI GARA-GARA TIDAK MENYOKONG PAS
Inikah ajaran songsang yang
dipelopori ulama-ulama PAS yang ditanam dalam benak sanubari ahli mereka yang
bermati -matian mempertahankan PAS .PAS sebenarnya bukan Islam dan Islam
bukannya milik PAS .Mana dalil dan nas yang kata boleh menceraikan isteri sebab
tidak menyokong Pas??
Inilah wajah-wajah pengikut Ahlul
PAS wal jamaah yang mengikut secara membabi-buta sahaja apa yang
pemimpin-pemimpin mereka kata.Mereka tidak berada diatas landasan sebenarnya
Ahlil Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al Asy'ari dan
Imam Abu Mansur Al Maturidi yang menjadi pegangan UMNO sejak dahulu
lagi.
Mereka hanya bertaklid atas apa sahaja pemimpin mereka kata dan
menerimanya sebagai kata-kata kebenaran yang harus diikuti oleh seluruh umat
islam.Segala fatwa dan arahan oleh Iman-imam Besar di dalam PAS diikuti tanpa
banyak bicara betul atau pun salahnya.Kalau disuruh bunuh ahli UMNO pun depa
nie sanggup sebab katanya JIHAD menentang munafik UMNO.
Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman
politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami
sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che
Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas,
apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak
menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah
Pasir Mas di sini hari ini. - UTUSAN
11 July 2012
POLIS SEDANG SIASAT SIAPA DALANG DISEBALIK AMUKAN 'IMAM MAHADI'
KUALA LUMPUR 11 Julai - Siasatan berhubung kes dua individu yang menyerang seta mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin akan dibuat secara menyeluruh termasuk kaitan mereka dengan pertubuhan ajaran sesat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang meneliti laman-laman sosial termasuk blog dan Facebook milik suspek lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, untuk menyiasat sejauh mana penglibatannya dengan kumpulan ajaran sesat.
“Siasatan awal mendapati, kejadian amuk ini bukan dirancang dan ia bukan satu komplot besar. Apa pun saya memuji tindakan pantas yang diambil oleh pengawal keselamatan dan anggota polis di lokasi kejadian," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Liga Balai Siri 1/2012 di Balai Polis Puchong dekat sini hari ini. - UTUSAN
500 ORANG BERDEMONTRASI DI HADAPAN PEJABAT MB SELANGOR
Kira-kira 500 orang mengadakan demontrasi aman di bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini bagi membantah pentadbiran menteri besar, Tan Sri Abdul Khadir Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa.SUMBER
05 July 2012
WARGA KUIN MENDESAK SUPAYA REKTOR MELETAK JAWATAN


Sebaliknya, katanya, isu yang timbul sengaja dibangkit kerana pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja. "KUIN ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan 200 warga kerja KUIN semalam agar Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar.
Mengulas lanjut, Azizan berkata Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.
Walau pendedahan berkenaan salah laku Dato' Jamil Osman telah di buat kepada Menteri Besar Kedah melaui surat yang telah di hantar kakitangan KUIN pada 12/06/2012 namun Azizan Razak masih tetap mempertahankan Rektor yang di lantiknya.
Persoalannya ialah sampai bila kakitangan KUIN terus ditindas dan tidak diberi hak untuk bersuara.
Apakah tindakan Azizan mempertahankan Dato' Jamil, kebajikan tenaga kerja dan pelajar akan terbela?.
KUAT KUASA HARI INI RON97 TURUN 20 SEN
KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 sudah turun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.
"Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran." katanya.
04 July 2012
PROJEK RM 1.8 BILION BELUM DILULUSKAN OLEH EXCO KELANTAN
KOTA BHARU 2 Julai - Walaupun projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai masih belum diluluskan mesyuarat Exco, Kerajaan Pas Kelantan telah meminta rakyat negeri itu menghulurkan derma bagi membantu pembinaan projek tersebut.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Beliau mengakui ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco pada 4 Julai ini dan kerja-kerja awal untuk membina lebuh raya tersebut bermula sebaik sahaja pelan yang diukur oleh juru ukur bertauliah diluluskan.
Menurutnya, sehingga kini hanya 30 kilometer daripada 78 kilometer jajaran untuk membina lebuh raya tersebut siap diukur dan akan dibawa ke dalam mesyuarat Exco Rabu ini.
PENDEDAHAN BERANI SKANDAL RM1 BILION KERAJAAN SELANGOR
Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua
bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam
berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang
diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.
Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda
Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, selepas terkejut apabila mendapat
maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas
beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan. Sumber
03 July 2012
TERKINI!! KAKITANGAN KUIN BERDEMONTRASI
Sebahagian kakitangan KUIN berdemontrasi di perkarangan pejabat KUIN di sini hari ini.
01 July 2012
BUKTI SEMANGAT ' CINTAKAN ISLAM ' OLEH DAP
Pas mendakwa memperjuangkan Islam tetapi Pas tidak melambangkan Islam dan Islam tidak dilambangkan oleh Pas, ia menggunakan Islam hanya untuk meraih undi pengundi Islam setiap kali menjelang pilihanraya.
Pas cuba untuk menyakinkan rakyat bahawa ia sajalah parti yang memperjuangkan Islam tetapi ia sebenarnya memperalatkan Islam. Pas menuduh UMNO sebagai kafir padahal UMNO telah memperjuangkan Islam sejak sebelum merdeka lagi perlembagaan persekutuan telah mengangangkat Islam sebagai agama Persekutuan.
Terlalu banyak janji yang tidak tertunai, Pas juga mengambil sikap bermusuhan dengan berbagai pihak (Istana, Wanita, Kakitangan dan Kerajaan Pusat) dan bersekongkol dengan DAP (Anti Negara Islam) dan PRM ( Sosialis Sekula Melayu)
Subscribe to:
Posts (Atom)