31 January 2015

AZIZ DESA TERLANTAR DI HOSPITAL LANGKAWI

Bekas selebriti TV3 Aziz Desa, 50, kini terlantar di Hospital Langkawi (HL) akibat masalah buah pinggang yang kronik dan penyakit kencing manis.

"Ini adalah kali keempat saya masuk hospital akibat penyakit serius. Sebelum ni saya masuk hospital kerana penyakit kencing manis.

"Saya kemudian disahkan pula menghadapi masalah buah pinggang pada tahap lima dan perlukan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.

Aziz atau nama sebenar Abdul Azid dimasukkan ke hospital itu sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.

Menurutnya, doktor mengesahkan penyakit buah pinggangnya berada pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialis dalam tempoh terdekat.

Beliau adalah anak jati Langkawi dan seorang yang disegani oleh penduduk di sini. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pengerusi PIBG sekolah menengah mahsuri.

“Arwah cikgu man adalah bapa angkat saya semasa saya kecil dulu” katanya.


TEAM KEDAH BERWAJAH BAHARU - TAHNIAH DS MUKHRIZ

Langkawi: Skuad Kedah di bawah kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe perlu tampil lebih garang pada aksi Liga Malaysia musim ini bagi kembali bersaing dalam kancah Liga Super tahun depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, berikutan itu kerajaan negeri akan memberi sokongan padu termasuk aspek kewangan bagi memastikan tumpuan pasukan terhadap kempen musim ini tidak terjejas.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta di samping turut mendapatkan beberapa penaja lain dalam usaha memastikan pasukan Kedah yang beraksi dalam Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia bebas daripada masalah.

“Sasaran musim ini meletakkan kembali Kedah dalam saingan Liga Super,” katanya yang juga Menteri Besar selepas majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi baharu skuad itu, malam kelmarin.


Selain kerajaan negeri selaku penaja utama, Mukhriz turut mengumumkan barisan penaja baru yang membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), Kumpulan Naza, THB Management dan Warrix.

Majlis sama turut menyaksikan kembalinya pemain seperti Sabree Mat Abu, Solihin Kanasian Abdullah (K Soley) dan Ahmad Shakir Ali serta kekalnya tonggak pasukan Baddrol Bakhtiar dalam skuad itu.

Tiga pemain import yang pertama kali menyarung jersi skuad itu membabitkan Lawrence Omondi Olum dari Kenya, Seung Hwan Bang (Korea Selatan), Keith M Nah (Liberia) dan Chidi Edeh (Nigeria).


Skuad Helang Merah turut mengekalkan Khairul Helmi Johari yang lebih mesra dipanggil Kay On selaku ketua pasukan untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

28 January 2015

PASMA IBARAT MENEBOK KAPAL - HADI AWANG , PRESIDEN PAS


Apa lagi yang boleh kita sifatkan Si Presiden PASMa-Cai ni selain dari jenis manusia yang tak sedar diri dan takde maruah? Macam mana orang macam ni pun boleh diangkat jadi pemimpin?

Itu yang paling menghairankan kita sebenarnya. Kenapa orang yang dilihat mengkhianati jemaah secara terbuka seperti Si Presiden PASMa-Cai ni masih lagi mempunyai ramai penyokong?

Adakah mereka yang menyokong Si Phahrolrazi ni pun jenis manusia yang sama, yang hanya sekadar berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri secara terbuka?

Adakah Si Phahrolrazi ni masih lagi tak sedar yang PAS tidak memerlukan seorang pemimpin seperti dia sehingga membuatkan Presiden PAS keluarkan kenyataan seperti sebelum ini?

Apa yang jelas, memang sah Si Phahrolrazi ni jenis manusia yang tak kemaluan diri sehingga dia lantang mengeluarkan kenyataan memperlekehkan Presiden PAS secara terang - terangan.
 "Saya sebenarnya tidak 'ambil pusing' dengan kenyataan itu (yang dibuat oleh Presiden PAS). Saya tidak anggap ia serius kerana ia adalah kenyataan ulangan, sama seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Persoalannya, apa yang membuatkan Si Phahrolrazi tu merasa dirinya TERLALU KEBAL dari sebarang tindakan disiplin yang boleh diambil sehingga membuatkan dia menjadi sombong dan angkuh?

Apakah mungkin Si Phahrolrazi tu anggapd dia mempunyai kekuatan tersendiri sehingga dia sanggup keluarkan kenyataan sedemikian? Adakah dia seorang pemimpin yang berkarisma?

Atau mungkin Si Phahrolrazi tu mempunyai sokongan kuat dari kalangan pemimpin - pemimpin tertinggi PAS yang turut bersekongkol untuk menyingkirkan Hadi Awang sebagai Presiden?

Jika dilihat kepada sejarah Pengkhianatan yang telah dilakukan sebelum ini, memang sewajarnya Si Phahrolrazi tu disingkirkan dari parti kerana mengakibatkan PAS tewas di Kedah.

Malah disebabkan kerana sifatnya yang hanya sekadar mementingkan diri sendiri menyerang pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Razak membuatkan PAS Kedah kucar kacir.


Walau apa pun alasannya, selaku Presiden PAS, Si Hadi Awang tu wajar mengambil tindakan segera dengan memecat keahlian Si Phahrolrazi ni secepat mungkin. Jangan tunggu sampai parti dah nak jahanam baru dia nak ambik tindakan pulak!!!

25 January 2015

MAKAM RAJA ABDULLAH YANG MENGEJUTKAN DUNIA - INSAN TERKAYA


Inilah Makam / kubur Raja 'Abdullah.

Tak ada senjata tertembak ke langit, tak ada terompet dan nyanyian. Anda tak akan melihat ratapan dan suara gendang, tak pula rakyat yang ngalap berkah, tak pula seabrek bid'ah.


Tentu saja, dengan kekayaannya, sang raja sangat mampu membangun istana megah di kuburnya itu sebagai lambang keperkasaan, seperti kubur-kubur mewah di nusantara kita.

Tetapi tidak, biarlah sang raja seperti rakyatnya di tempat dan tanah yang sama dan tak ada nama dan tulisan bahwa kuburnya adalah kuburan seorang raja. Semua kuburan berbentuk dan berukuran sama. Tak ada pemakaman khusus. Semuanya sama disejajarkan dengan para rakyat jelatanya.



Sungguh, semuanya sunyi dari keharaman dan begitu sederhana untuk kuburan seorang pemimpin. Al-Fatihah


08 January 2015

PERSENDAKAN SOLAT - JAKIM

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki seolah-olah mempersendakan ibadah solat.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha yang menyelar perbuatan itu berkata, ia adalah satu penghinaan kepada agama Islam.

“Kalau betul (mereka) Islam yang sudah tahu selok belok agama, bererti itu satu penghinaan. Kita sedang siasat perkara itu.

“Jika mereka masyarakat yang baru peluk Islam dan tidak tahu tata tertib tentang solat, itu kita boleh maaf. Sebab dia baru belajar, walaupun pakaian sebegitu,” katanya.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan enam lelaki seperti sedang solat berjemaah namun tiga daripada mereka tidak memakai baju sehingga mendedahkan pusat, seorang berseluar pendek di atas lutut, seorang seperti sedang menggunakan telefon bimbit dan

seorang lagi memegang rokok.

06 January 2015

BONUS DAN BANTUAN KHAS PESARA 15 JANUARI 2015

Ini lah surat yang menjadi viral di media baru, kononnya Kerajaan Persekutuan bakal menunda tarikh pemberian bonus kakitangan awam.

Usaha mereka untuk menghasut rakyat membenci Kerajaan Persekutuan dan BN!!!

Mereka begitu berani untuk "memalsukan" surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Johor???

Tangkap aje!!!

Ini lah sebabnya Pakatan Rakyaat mahukan "Akta Hasutan" dihapuskan....

Dengan adanya akta tersebut, gerak-kerja melalui fitnah dan tohmahan seperti yang biasa mereka amalkan bakal terjejas!!!







PUTRAJAYA: Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.


"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...