Menteri pertahanan itu berkata, perkara yang lebih utama
adalah BN kini berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin.
"Saya tidak rasa beliau (Dr Mahathir) ada kaitan di
sini (Rompin)...ia tidak melibatkan beliau. Beliau tidak mengundi di
sini," katanya, ketika ditemui pemberita di Dewan Jubli Perak Sultan Haji
Ahmad Shah, di Kuala Rompin, malam tadi.
Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya kemungkinan
penurunan kemenangan majoriti BN di Rompin daripada 15,114 kepada 8,895 akan
dijadikan "modal" untuk Dr Mahathir lebih agresif menyerang
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Itu banyak perkara, kita akan buat post portem..tapi
yang pasti wakil rakyat kita BN," katanya ketika diminta mengulas sama ada
cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan isu berkaitan Felda menjadi faktor
penurunan majoriti tersebut.
Sementara Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi
majoriti dan kekalahan di beberapa Pusat Daerah Mengundi pada PRK itu.
"Rakyat memberi isyarat dan BN mesti mengambil
berat," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calon
mereka, Datuk Hasan Arifin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad
dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Rupanya Ini Punca BN
Hilang Hampir Separuh Majoriti Di PRK Rompin
Hasan berjaya memperoleh 23,796 undi, manakala Nazri hanya
memperoleh 14,901 undi.
Pengumuman rasmi keputusan PRK Rompin dilakukan oleh Pegawai
Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin Datuk Fadzilla Salleh pada jam 10.25 malam
tadi, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Rompin, malam tadi.
Calon PAS bagaimanapun tidak hadir ketika pengumuman itu
dimaklumkan.
Proses pengundian bermula sekitar jam 8 pagi tadi dengan sejumlah
38 pusat mengundi dengan 115 saluran dibuka bagi membolehkan 52,744 pengundi
melaksanakan tanggungjawab mereka.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Rompin hari ini juga
lebih rendah apabila hanya sekitar 74% keluar mengundi berbanding 85.9% pada
PRU13 lalu.
Turut hadir dalam pengumuman itu termasuklah Menteri Besar
Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan serta beberapa kepimpinan tertinggi BN lain.
Kawasan Parlimen Rompin mempunyai seramai 53,294 pengundi
berdaftar, menyaksikan majoriti 87% merupakan pengundi Melayu yang
kebanyakannya menetap di 14 petempatan Felda di seluruh kawasan Parlimen
tersebut.
Manakala kelompok kedua terbesar adalah pengundi lain-lain,
yang majoritinya meliputi pengundi daripada komuniti masyarakat Orang Asli, dan
kaum India, sekitar 9%, diikuti pengundi kaum Cina, hanya pada kadar 2%.
Ketika PRU13, sekitar 85.9% pengundi keluar mengundi
daripada sejumlah 53,596 pengundi berdaftar.
PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian
penyandangnya,Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter
pada 4 April lalu.
No comments:
Post a Comment