11 May 2015

PATI ROHINGYA MENDARAT DI LANGKAWI

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti perairan Pulau Pinang dan Langkawi sebagai laluan aktif penyeludupan masuk pendatang haram.

Namun Pengarah Siasatan Jenayah APMM, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata pihaknya sentiasa memantau kawasan pantai negara sepanjang 4,490 kilometer bagi membanteras kemasukan pendatang haram sama ada secara diseludup atau diperdagangkan.

Beliau diminta mengulas laporan Bernama kelmarin bahawa aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober dan untuk tahun ini sahaja, 21,000 pelarian Rohingya dan warga Bangladesh dilapor belayar menuju Asia Tenggara dengan Malaysia dan Thailand merupakan destinasi pilihan utama.


“Kami sentiasa mengutamakan keselamatan perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, kerana kemasukan pendatang haram bukan sahaja akan meningkatkan kadar jenayah, tetapi memberi ancaman dari segi sosial dan kesihatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan terdapat akta bagi membanteras pendatang haram iaitu Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) serta Akta Imigresen 1959.


Pendaratan PATI Rohingya/Bangladesh pada 12.15 pagi tadi, dimaklumkan ada sebuah bot membawa PATI tersangkut dekat breakwater Pantai Pasir Berdengung, Mukim Padang Matsirat, Langkawi. Setakat sekarang seramai 77 lelaki Bangladesh, 28 lelaki Rohingya telah di bawa ke IPD Langkawi. Seramai 71 lelaki, 14 perempuan dan 11 kanak-kanak telah dikumpul untuk dibawa ke IPD. 


“Warga asing mampu mengganggu ketenteraman rakyat tempatan seperti jenayah yang dilakukan warga Myanmar di Pulau Pinang sesama mereka. Kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...