12 March 2013

PANAS! ADAKAH INI KONSPIRASI UMNO?

Kelakar apabila melihat para pejuang-pejuang saibertrupers pembangkang yang begitu menjulang Azlan Mohd Lazim seolah-olah apa yang dikatakan olehnya adalah sebuah kebenaran, malah ada yang menganggap pengakuan bapa Saiful Bukhari ini sebagai 'anugerah' dan 'petunjuk' dari Allah SWT menjelang PRU13.


Beginilah sikap ketaksuban yang ada dalam setiap kepala otak totok pembangkang di Malaysia, apabila seseorang individu atau sesuatu perkara yang menyebelahi pihak maka tanpa prejudis diangkat individu tersebut sehingga gagal berfikir secara waras.

Sebagai contoh, jika dahulu Mat Sabu, Karpal Singh antara orang yang kuat menjaja cerita kononnya Anwar Ibrahim seorang peliwat. Hari ini kita melihat mereka mengatakan sebaliknya, malah sang peliwat ini diangkat sebagai ketua oleh mereka.

Begitu juga kes melibatkan bapa Saiful Bukhari, sebelum ini beria pihak pembangkang mendakwa bapa Saiful Bukhari ini seorang kaki judi sehingga sanggup melacurkan isterinya, hari ini tuduhan itu bertukar menjadi sebaliknya.

Sebelum ini Chegu Bard sendiri dengan tegas mendedahkan siapakah Azlan Mohd Lazim, sebagaimana disiarkan di bawah :

Tetapi hari ini, saudara boleh melihat sendiri bagaimana mereka menjulang bapa Saiful Bukhari - adakah mereka fikir rakyat hari ini terlalu bodoh sehingga gagal mengingati setiap kenyataan yang dibuat oleh mereka sebelum ini?


Melihat dari tindakan dan setiap kenyataan yang berubah yang selalu diamalkan oleh pemimpin, pengikut hinggalah tindakan Azlan Mohd Lazim sendiri, kita sewajarnya menggunakan akal yang waras sebelum mempercayai bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah sebuah kebenaran...

Mungkin selepas ini cerita Anwar Ibrahim sengaja membiarkan diri memasuki 'perangkap seks' yang disediakan oleh UMNO bakal kembali popular. Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...