10 October 2012

MAT INDERA MENGAKU DIRINYA ANGGOTA KOMUNIS-SAKSI


GEORGETOWN - Penyunting buku "Berdialog Bersama Chin Peng", yang diterbitkan pada 2004, Dr Kerl Hack memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera mengaku dirinya adalah anggota komunis.

Hack, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah di Universiti Terbuka United Kingdom, berkata demikian selepas merujuk kenyataan Mat Indera ketika ditahan pada Oktober 1952 selepas mengetuai serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor pada 23 Feb 1950.

Beliau berkata penangkapan Mat Indera pada 14 Okt 1952 di Kampung Seri Medan, Batu Pahat adalah dengan kerjasama rakan lelaki itu yang bernama Mat Tukyo dan pihak polis.

Hack berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Mohamad Sabu, pada perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas itu terhadap Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...