Pameran Udara
dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA '13) di Langkawi kali ini dijangka
lebih meriah dengan jumlah kedatangan pengunjung dijangka lebih 160,000 orang
sepanjang lima hari acara itu bermula 26 Mac sehingga 30 Mac 2013 ini.
Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sasaran itu diyakini
dicapai kerana LIMA ‘13 menampilkan pelbagai acara hebat menerusi segmen udara
dan maritim.
Beliau
berkata, hingga kini sebanyak 78 pesawat sudah mengesahkan penyertaan dalam
segmen udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), manakala kapal selam
kedua negara KD Tun Abdul Razak akan menyertai 65 kapal tentera laut lain dalam
segmen maritim di Awana Porto Malai.
“Antara
syarikat terkemuka yang sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam acara
dwitahunan itu ialah Airbus, Agusta Westland, BAE Systems, DCNS, Eurofighter,
Kongsberg, EADS, Sukhoi dan Dassault Aviation.
“Sebanyak 189
syarikat tempatan bakal menyertai LIMA 13 antaranya termasuk Nadi, Sapura, MTU
Malaysia dan CTRM,” katanya.
Sumber :
BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment