KUALA LUMPUR:
Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat
secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang
mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor
akhbar Filipina pada Ahad.
Sultan Sulu,
Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih
lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan
Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.
"Rundingan
masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata
Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.
Jamalul yang
mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu
dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.
Adik kepada
Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata
sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9
Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga
kawasan.
Portal Borneo
Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu
Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.
Jamalul
berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.
“Kenapa tidak
menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,”
katanya.
Dia
dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian
terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.
"Ini
bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.
Jamalul
berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.
Sementara
itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu
berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang
menjadi jurucakap kerajaan.
"Jika
mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui
orang tengah.
“Ini isu
nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?,"
katanya.
Jacel turut
menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil
untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv
Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.
Dia turut
menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan
kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah
sebagai “musuh”.
Dia turut
mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga
bukan musuh.
No comments:
Post a Comment