KUALA LUMPUR,
16 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari
ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu
menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas
ketika ini.
Dalam artikel
yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger
pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR
tersebut berdampingan dengan lelaki gay.
"Saya
menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui
wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One
Utama.
No comments:
Post a Comment