Kesian KP
tengok menteri besar kedah jatuh tersungkur selepas mengadap YDP Agong bagi
mendapatkan perkenaan pembubaran DUN Kedah sebentar tadi. Mungkin ini tandanya
kejatuhan PAS kedah.
Baru-baru ini
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa
dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan
orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mentadbir negeri itu
dengan profesional.
Selain itu,
katanya Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk
membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri itu. Pendeka kata, dia
sememangnya hebat, walaupun akhirnya dalam sidang media itu dia meminta
“simpati” dari rakyat memandangkan dia baru saja sepenggal memerintah Kedah.
Dia membuat
kenyataan itu apabila Datuk Mukhriz memintanya mempertimbangkan supaya meletak
jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin
Hamzah. Desakan itu dibuat memandangkan status kesihatannya yang sering
terjejas sejak kebelakangan ini. Sumber
No comments:
Post a Comment