Selama ini
kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan diri daripada
membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam
Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.
Mungkin
mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.
Takpe…itu
kisah lama.
Kali ini,
seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang
teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.
Yuktes Vijay
adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar
Ibrahim.
Yuktes
berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua
kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.
Beliau telah
menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat
sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.
Beliau
antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa
Saiful untuk faedah mereka.
Yuktes
memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan
pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan
soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.
Dalam email
berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya
dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk
mendapatkan jawapan.
Antaranya:
-Mengapa
Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim
Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa
dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.
-Bagaimana
Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua
Keselamatan dan adik ipar Anwar?
-Bukti video
yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di
apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?
-Mengapa
Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk
mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan
baru?
-Pembantu
khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan
kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan
hal berkenaan?.
Menyedari
Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya,
pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang
keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.
Anwar berjaya
dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak
yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu
yang hebat, katanya.
Peguam
berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar
kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang
bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.
Yuktes kata
beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua
perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak
mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk
berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua
perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.
“Masalahnya
ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan
perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana
jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika
seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk
untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar
perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara
analogi.
Mengenai
Saiful, berkaitan
dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda
berkenaan.
“Satu benda
yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai
Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia
kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.
“Memang ada
DNA Anwar dalam budur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim
daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat
sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.
Peguam
berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful
namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai
intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.
Peguam
berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh
mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.
APA YANG
MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT
II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU
INI.
AIDC
No comments:
Post a Comment