MANILA -
Laman web berita ABS-CBNnews.com Filipina melaporkan Jamalul Kiram telah minta
satu gencatan senjata diadakan bagi menamatkan krisis pencerobohan kumpulan
pengganas di Sabah.
Beliau
memaklumkan telah menghubungi ketua penceroboh di Lahad Datu supaya bertindak
membuat gencatan senjata pada jam 12.30 tengahari hari ini.
Jamalul Kiram
turut merayu kepada pihak keselamatan Malaysia bertindak serupa supaya satu
lagi rundingan damai dapat dibentuk untuk menyelesaikan krisis pencerobohan dan
mengelak banyak lagi pertumpahan darah.
Jelasnya,
beliau akan menyediakan pengangkutan laut untuk membawa baki penceroboh yang
masih hidup.
Perkembangan
lain, belum ada maklum balas dari pihak keselamatan Malaysia berhubung perkara.
No comments:
Post a Comment