Beginilah sikap ketaksuban yang ada dalam setiap kepala otak
totok pembangkang di Malaysia, apabila seseorang individu atau sesuatu perkara
yang menyebelahi pihak maka tanpa prejudis diangkat individu tersebut sehingga
gagal berfikir secara waras.
Sebagai contoh, jika dahulu Mat Sabu, Karpal Singh antara
orang yang kuat menjaja cerita kononnya Anwar Ibrahim seorang peliwat. Hari ini
kita melihat mereka mengatakan sebaliknya, malah sang peliwat ini diangkat
sebagai ketua oleh mereka.
Begitu juga kes melibatkan bapa Saiful Bukhari, sebelum ini
beria pihak pembangkang mendakwa bapa Saiful Bukhari ini seorang kaki judi
sehingga sanggup melacurkan isterinya, hari ini tuduhan itu bertukar menjadi
sebaliknya.
Tetapi hari ini, saudara boleh melihat sendiri bagaimana mereka menjulang bapa Saiful Bukhari - adakah mereka fikir rakyat hari ini terlalu bodoh sehingga gagal mengingati setiap kenyataan yang dibuat oleh mereka sebelum ini?
Melihat dari tindakan dan setiap kenyataan yang berubah yang
selalu diamalkan oleh pemimpin, pengikut hinggalah tindakan Azlan Mohd Lazim
sendiri, kita sewajarnya menggunakan akal yang waras sebelum mempercayai bahawa
dakwaan yang dibuat itu adalah sebuah kebenaran...
Mungkin selepas ini cerita Anwar Ibrahim sengaja membiarkan
diri memasuki 'perangkap seks' yang disediakan oleh UMNO bakal kembali popular. Sumber
No comments:
Post a Comment