24 July 2015

WSJ NAFI NAJIB SELEWENG DUIT 1MDB

Penerbit Wall Street Journal, Dow Jones & Company, hari ini menafikan mereka menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeleweng wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Dow Jones dan ketua pegawai pematuhan Jason P Conti menulis dalam suratnya kepada peguam Najib menyatakan artikel pada 2 Julai 2015 hanya melaporkan penyiasat Malaysia mengesan hampir US$700 juta (RM2.6 B) dipercayai dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib.
“Artikel tersebut dengan jelas menyatakan kami tidak pasti sumber dana yang masuk ke dalam akaun yang dipercayai milik peribadi Mohd Najib.” kata surat terbabit yang diperolehi oleh Malay Mail.

Dua minggu lalu, peguam Mohd Najib menulis surat kepada Dow Jones, “Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?

“Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang ‘sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu’, manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB.”

Dow Jones berdolak dalih mengenai artikel pada 6 Julai, dengan menyatakan ia merupakan pandangan yang “reasonable” berdasarkan fakta yang ada dan berita mereka pada 2 Julai 2015.

“As a result, it is quite clear The News Article is a fair and accurate summary of current events, and The Opinion includes reasonable commentary based on those facts.

Conti secara berbelit-belit menyatakan “Any suggestion otherwise is misplaced and baseless.”

Ini bermakna Dow Jones dan WSJ cuba mencuci tangan dengan menyatakan mereka tidak pernah menuduh Najib menyalahguna dana 1MDB.

“Kami percaya permintaan anda tidak perlu kerana artikel berita dan pendapat bercakap bagi diri mereka sendiri,”

“In your letter you ‘seek confirmation as to whether it is [our] position as taken in [The News Article and The Opinion] that [your] Client misappropriated nearly USD700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad’,”

“We believe your request is unnecessary as The News Article and The Opinion speak for themselves,”

Ini bermakna WSJ dan Dow Jones cuba mengelak tuduhan langsung bahawa Mohd Najib menyalahguna wang 1MDB. Malah mereka berhati-hati menyatakan “dipercayai” akaun Mohd Najib bukannya, menuduh ia akaun peribadi Mohd Najib.


Sementara itu, salah seorang peguam Mohd Najib mempertahankan keputusan menghantar surat meminta penjelasan kerana artikel yang diterbitkan “agak kabur” dan tidak membuat tuduhan secara langsung. – MYKMU.NET


23 July 2015

BEBERAPA INDIVIDU DILARANG KELUAR NEGARA

Selain Rafizi dan Tony Pua, Tong Kooi Ong (disahkan) dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat (belum disahkan lagi tetapi besar kemungkinan) telah dikenakan sekatan dan tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia.

Selain Rafizi Ramli dan Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat menjadikan empat daripada 10 orang yang disebut oleh Polis Thailand telah dikenalpasti.

Polis akan menyiasat mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cuba menggulingkan kerajaan sedia ada dan merampas kuasa dengan cara tidak sah.

Kesemua mereka ini telah dinamakan oleh Lester Melyani selain Polis Thailand selepas Xavier Justo ditangkap. Justo ditangkap oleh Polis Thailand pada 22 Jun.

Polis Thailand juga turut mendedahkan Justo menafikan sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang telah dijual kepada pihak tertentu di Eropah.

"Dia tidak membuat sebarang pindaan pada dokumen-dokumen tersebut dan telah menghantar dokumen-dokumen asal (kepada pembeli) termasuklah salinan digital," kata jurucakap Polis Thailand, Jeneral Prawut Thavornsiri.

Polis Thailand percaya, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Justo, kesemua e-mel tersebut telah dipinda sebelum ianya diterbitkan dan disiarkan.


Rafizi Ramli dan Tony Pua telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut, manakala The Edge turut mendakwa mereka tidak didorong oleh agenda politik tetapi sekadar mahu mencari kebenaran.

14 July 2015

BURU PENCETUS RUSUHAN - IGP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kepada individu yang terlibat dalam kes rusuhan di Plaza Low Yat semalam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, akta tersebut seharusnya digunakan terhadap lebih 200 individu yang berkumpul semalam berikutan keengganan mereka untuk bersurai walaupun telah diarahkan pasukan polis.

“Jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan sepenuhnya, saya yakin bahawa insiden rusuhan semalam tidak berlaku sehingga mengakibatkan rakan media cedera. Ini kerana mereka sudah berkumpul sejak pukul 8.30 malam dan polis hanya bertindak mengawal.

“Mereka tidak bersurai selepas diarahkan pihak polis sebaliknya bergerak ke Bukit Bintang dan sekitar pukul 11.50 malam berlaku pergaduhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penulis blog Papa Gomo menyerah diri berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di laman sosial berhubung kejadian yang berlaku di Plaza Low Yat, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Papa Gomo dikatakan telah mengeluarkan kenyataan terbabit menerusi laman sosial Facebook serta akaun Twitter miliknya.

“Kita akan menahan Papa Gomo dalam masa terdekat sekiranya dia tidak datang serah diri,” katanya.

Khalid turut menegaskan kejadian tersebut membabitkan kes curi malah suspek juga dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis mahupun menunjukkan bukti resit pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan seperti yang dilaporkan di media sosial.

“Apa yang ditulis di media sosial semuanya ialah rekaan semata-mata,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama beliau memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana melepaskan seorang suspek yang terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit.

“Pada mulanya dua suspek ditahan kerana mencuri telefon bimbit namun pegawai itu melepaskan seorang daripada mereka atas budi bicaranya tanpa merujuk kepada pegawai atasan.

“Kita akan jalankan siasatan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai itu,” jelasnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...