Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta barisan peguam Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan penghujahan berhubung
hukuman terhadapnya.
Sementara peguamnya menyifatkannya sebagai perkara biasa,
pemerhati antarabangsa yang juga peguam diraja Mark Trowell (kiri)
menyifatkannya sebagai "petanda buruk".
“Perkara itu mencadangkan rayuan pembelaan terhadap sabitan
dan hukuman akan ditolak.
"Jika begitu, Anwar serta merta akan ditahan,"
katanya kepada Malaysiakini.
Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan berhubung
rayuan terakhir Anwar mengenai kes liwat dan hukuman lima tahun penjara sebelum
ini.
Sementara itu, pihak pendakwa pula merayu supaya hukuman
lebih berat diberikan.
Malaysiakini difahamkan peguam Anwar diperintah menyediakan
penghujahan selepas penghakiman esok.
Seorang peguamnya Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu
hari ini.
"Ia tidak semestinya petanda buruk kerana memang amalan
biasa semua pihak dimaklumkan agar bersedia untuk pendengaran sebarang
rayuan," katanya kepada Malaysiakini.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati
bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac
lalu.
Keputusan itu menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu pada 9 Januari
2012. Rujukan
No comments:
Post a Comment