29 December 2014

PESTA PANTAI LANGKAWI 2014, MENCARI MUKIM TERHANDAL DI LANGKAWI

Tourism Malaysia Kedah buat julung kalinya menganjurkan Pesta Pantai Langkawi 2014 Tanjung Rhu dari 26 hingga 27 Disember ini di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.

Beberapa pertandingan diadakan dalam pesta pantai selama dua hari itu membabitkan sukan pantai, sukan laut, sukaneka, larian maraton pantai sejauh lima kilometer dan pertandingan karaoke.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri YB Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata pesta pantai ini merupakan kesinambungan daripada Pesta Pantai Tanjung Rhu 1997 yang berjaya menarik lebih 6,000 pengunjung.


Beliau berkata, pesta ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara mukim-mukim yang ada Langkawi selain menjadikan sukan pantai dan sukan laut sebagai satu daripada daya tarikan pelancong di Langkawi.

Antara tetamu yang hadir perasmian, Yb Datuk Mohd Rawi Abd Hamid , YB En Norsaidi b Nayan ADUN Kuah, En Anuar b Abd Razak Pengarah Kem. Pelancongan dan Kebudayaan Kedah, En Mohd Rashidi b Hasbullah TKSU Kem Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Ybhg Mr Dejrath Sim sim, Gabenor Satun, Thailand , Ketua Pemuda dan Putri UMNO Bahagian Langkawi.

"Kita mahu jadikan Tanjung Rhu sebagai ikon pelancongan bagi Langkawi selepas ini dan ini dapat membantu menarik pelancong sekali gus menggalakkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 YB Datuk Mohd Rawi berkata, pesta ini juga acara julung kali yang diadakan melibatkan peserta dari enam mukim di daerah Langkawi iaitu Ayer Hangat, Kedawang, Ulu Melaka, Padang Matsirat, Bohor dan Kuah, selain penglibatan sebuah pasukan dari Satun, Thailand serta pasukan mewakili pihak hotel dan pelancong.

"Lapan kumpulan akan bertanding dan kita jangka 100 peserta akan dihantar dari Thailand untuk menyertai pertandingan yang diadakan pada pesta pantai kali ini.

Penglibatan pelancong luar yang bercuti di kawasan berhampiran juga dijangka bakal menggamatkan lagi suasana," katanya. YB Datuk Mohd Rawi berkata, lebih 200 peserta akan terlibat dalam 11 acara yang dipertandingkan dan dijangka 15,000 pengunjung akan memeriahkan pesta pantai ini.

"Pasukan yang memenangi acara yang dipertandingkan akan diberi markah dan pasukan yang mengumpul mata terbanyak bakal menjulang piala pusingan beserta hadiah iringan," katanya.


Selain itu, pameran, gerai jualan, program hiburan, program bersama masyarakat, persembahan tradisional daripada peserta Langkawi dan Thailand juga akan diadakan dalam pesta pantai itu.



Enam mukin seluruh Langkawi mengambil bahagian kesemua acara yang dipertandingkan,juara keseluhuhan ialah mukim air hangat, naib johan mukin padang matsirat dan ketiga mukim kuah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Mohd Rawi ADUN Air Hangat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...