12 November 2014

GOOD AND SERVICES TAX (GST)


Pihak pembangkang kini terlalu phobia dengan GST. Ntah apa yang ditakutkan pun kita tak tahu. Di ceruk-ceruk kampung habis segala pakcik, makcik, apek, nyonya, aci, aya dan minachi dikelentongnya.

Tetapi lumrah jadi pembangkang kerjanya mesti membangkang walaupun sesuatu itu baik dan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.

Anwar Berahim sendiri sewaktu menjadi Menteri Kewangan dulu pernah mengusulkan GST. Kini beliau juga mengaku GST adalah mekanisme percukaian terbaik menghalang ketirisan dan penyelewengan. Bahkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat tetap akan melaksanakan GST jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 14 nanti. Itupun kalau Allah s.w.t izinkan pembangkang menang dan Anwar masih lagi sihat dan tak mati.

Sebabnya melalui GST kerajaan Malaysia berupaya mengutip lebih banyak cukai daripada sektor perniagaan. Wang yang banyak tersebut amat penting bagi kerajaan PR jika mereka berjaya memerintah negara ini untuk menunaikan kebajikan rakyat. Tapi kini apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan GST, Anwar rasa tercabar dengan kejayaan Najib mengutarakan GST yang dulu menjadi idamannya untuk dilaksanakan ke atas negara ini.

Maka pelbagai persepsi dicipta kononnya negara masih belum mampu melaksanakan GST kerana pendapatan rakyat masih rendah dan monopoli syarikat mesti dihapuskan. Maka bersorak sorailah pembangkang menuduh kerajaan BN cuba menindas rakyat dengan mengenakan GST.

Puak DAP turut menyambut idea bahawa sesetengah jutawan Melayu-Islam memonopoli sektor tertentu kerana mereka adalah kroni kerajaan UMNO. Manakala puak-puak lebai PAS yang buta ekonomi dan kuat berteori hanya jadi pak turut yang termanggu tak tau apa-apa sekadar pandai mengutuk sana sini. Bab kedarah duit mereka pandailah...


Secara mudah marilah kita lihat perbezaan antara SST dengan GST. Part manakah sebenarnya yang paling ditakuti oleh puak-puak pembangkang ni yer?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...