16 January 2013

LANGKAWI BOLOS LAGI-354 PATI SINGAH DI KUALA CHENANG


Perairan Langkawi bolos lagi apabila pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar seramai 354 orang berjaya ditahan cuba berlabuh di Kuala Chenang, Langkawi. 

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, seramai 40 orang PATI dapat memboloskan diri dan usaha menjejaki mereka terus dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kepada warga Langkawi, berhati-hati sekiranya terserempak dengan orang yang mencurigakan dan segera buat laporan kepada pihak berkuasa.

LANGKAWI 15 Jan. - Usaha 354 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar masuk ke negara ini gagal setelah dua bot yang mereka naiki ditahan pihak berkuasa di Kuala Chenang di sini awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah, Supritendan Harith Kam Abdullah berkata, bot pertama membawa 143 orang terdiri daripada 94 lelaki, 18 wanita dan 31 kanak-kanak.

Kata beliau, bot kedua pula membawa 211 orang iaitu 207 lelaki dan empat kanak-kanak.
"Polis mendapat maklumat daripada orang ramai memaklumkan mereka ternampak dua buah bot berlabuh di Kuala Chenang kira-kira pukul 3 pagi ini dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik sahaja ditahan dan diperiksa, polis mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mereka kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah untuk proses dokumentasi," katanya di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...