07 June 2015

GUAN ENG BUAT PAS TERKEDU

Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri sulanusul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini.

 Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) diSelangor.
 "Dia (Lim)cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

"Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit.
"Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

 Mahfodz berkata, Dewan Ulama dari awal lagi tahu yang usul tergempar itu tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini.
"Masa kita buat keputusan itu dulu, bukan nak suruh putus serta-merta. Kita nak suruh rujuk pada Majlis Syura," katanya merujuk usul yang dibawa sayap parti itu ketika muktamarnya pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi ahli Dewan Ulama PAS, Nasrudin Hassan yang sebelum ini berikrar 'melutut' dan 'menyiku' DAP, juga mengelak mengulas kesan usul tergempar itu.
"Keputusan muktamar ini diserahkan kepada Majlis Syura dan kita tunggu keputusannya," katanya.

Hari ini, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan beliau akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tanda patuh kepada keputusan ulama.
Beliau akan meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...