24 November 2013
23 November 2013
MANGSA DERA SELAMAT DIKEBUMIKAN
KUAH - Jenazah mualaf mangsa dera, Nur Salina Abdullah, 18,
yang maut dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Surau Haji
Ismail, Kampung Belanga Pecah, semalam.
Atas permintaan ayah kandungnya, Nai Koi See, 43, dia
meminta mayat mangsa diuruskan mengikut cara Islam selepas mengetahui anaknya
memeluk Islam pada 2 Januari lalu.
Suasana hujan renyai mengiringi jenazah semasa tiba di tanah
perkuburan tersebut dan orang kampung dalam kariah Kampung Belanga Pecah telah
pun bersiap sedia membantu menguruskan sebaik mungkin.
Ahli Jawatankuasa Surau Haji Ismail, Ahmad Shafie, 43,
berkata, kariah kampung bersama golongan ibu sepakat menguruskan jenazah mangsa
untuk disemadikan di situ.
"Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga roh mangsa
ditempatkan kalangan orang beriman, walaupun selama ini kebanyakan ahli kariah
langsung tidak mengetahui kewujudan mangsa di kampung ini.
“Cuma agak terkilan, kami semua tidak dapat membantunya
ketika masih hidup,” katanya selepas urusan pengebumian selesai.
Jenazah Nur Salina tiba sekitar jam 5 petang dan turut
diiringi pegawai Agama Islam Daerah Langkawi untuk bersama-sama membantu
memudahkan urusan pengebumian mangsa.
Solat jenazah diimamkan Johari Abdullah dari Masjid At Taqwa
Kampung Kisap.
Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan berita kematian Nur Salina
akibat daripada penderaan kejam.
Terdapat pelbagai kesan lebam baru dan lama manakala kaki
kanan mangsa dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong.
Selain itu, otak mangsa mengalami pendarahan teruk akibat
hentakan dari penderaan yang dilakukan ke atasnya.
Sementara itu, ada antara penduduk kampung, Halijah Zakaria
melahirkan rasa terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka dua suspek utama
tersebut kerana mereka cukup mesra dan ramah.
"Tak sangka betul, kita tengok keluarga ni cukup baik,
cara mereka melayan anak-anak mereka membuatkan kami rasa cemburu, tetapi
kejadian ini telah menyatakan kebenaran sebaliknya.
“Cuma kami mahu masyarakat luar kembali mengubah persepsi
negatif tentang kampung kami. Keluarga ini orang luar yang baru sahaja
berpindah dan menyewa rumah hampir setahun lalu,” katanya.
Dua suspek utama
ditahan manakala dua lagi ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes
tersebut.
20 November 2013
LANGKAWI NATURALLY MAGICAL, KEDAH

Seperti semua sedia maklum, tahun 2014 merupakan Tahun
Melawat Malaysia dan merupakan kali keempat bagi Malaysia selepas tahun 1990,
1994 dan 2007..
Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk
Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir ini akan bermula pada 19 Disember 2013 selama 18
hari bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Menurut Datuk Paduka Mukhriz, beliau percaya Kedah
berpotensi menjadi salah satu destinasi perlancongan dan Langkawi merupakan
platform terbaik bagi memperkenalkan destinasi perlancongan Negeri Kedah.
Beliau juga berharap festival seperti ini akan terus menjadi
acara tahunan supaya lebih ramai lagi pelancong mengenali Langkawi.
Manakala menurut Ketua Setiausaha di Kementerian
Perlancongan dan Kebudayaan, Dr Ong Hong Peng "Langkawi Naturally Magical,
Kedah" merupakan gabungan strategic antara Kementerian, Negeri Kedah, LADA
dan Naturally Magical Sdn Bhd.
Festival yang bakal berakhir pada 5 Januari ini mensajikan
pengunjung hiburan sepanjang hari merangkumi baazar jualan, pertunjukkan belon
panas, pertunjukkan laser dan bunga api serta persembahan dari artis tempatan
dan luar Negara seperti M.Nasir, Faizal Tahir, Anuar Zain, Rossa, Ungu
(Indonesia) dan Sek Laso (Thailand).
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai Festival Magikal yang bakal berlangsung selama 18 hari ini,
boleh layari www.langkawimagikal.com.my
19 November 2013
GADIS KOMA DIDERA KELUARGA ANGKAT MENINGGAL
LANGKAWI: Seorang gadis mualaf Nur Salina binti Abdullah, 18
tahun berketurunan Cina dari Kampung Belanga Pecah, Langkawi yang dimasukkan ke
unit rawatan rapi Hospital Besar Langkawi tiga hari lepas kerana disyaki didera
oleh keluarga angkatnya dilaporkan meninggal dunia jam 8.40 malam tadi.
Kematian gadis malang itu disahkan oleh Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Negeri Kedah, ACP Mohd Nashir Ya.
Pihak media yang cuba untuk mendapatkan visual Allahyarham
sejak petang bagaimanapun tidak dibenarkan oleh pihak hospital merakam visual
walau pun hanya berada di kawasan kecemasan.
Kesukaran untuk mendapatkan visual menyebabkan kru media
kemudiannya beralih ke tempat tinggal mangsa kira-kira 10 kilometer dari
hospital yang juga merupakan sebuah kedai makan.
Kedai makan terbabit diusahakan oleh keluarga tersebut di
Kampung Belanga Pecah, Kisap, Langkawi.
Petang tadi, menurut jiran yang enggan namanya disiarkan
memberitahu ayah dan ibu angkat mangsa berketurunan India Islam yang merupakan
suspek utama telah pun ditahan reman pihak polis dua hari lalu.
Difahamkan mangsa telah dijaga oleh keluarga angkatnya sejak
berumur empat tahun namun hanya memeluk Islam sejak setahun lepas.
Suspek, bapa angkat dikatakan seorang yang garang dan turut
juga mempunyai tiga anak sendiri iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Keluarga tersebut berasal dari Pulau Pinang dan telah
berhijrah ke Langkawi setahun lepas serta menjalankan perniagaan di sini.
Semasa berada di premis tersebut kelihatan seorang anak lelaki
suspek namun setelah ditanya, beliau tidak mahu memberi maklumat lanjut hanya
memberitahu tidak ada gambar Nur Salina kerana “semuanya telah dibawa ke
balai”.
Menurut jiran tersebut, mangsa seorang yang baik dan pendiam
namun sejak empat hari lepas kelihatan tidak sihat dengan keadaan kaki yang
bengkak semasa sedang menyidai baju di bahagian belakang premis kedai makan
terbabit.
POLIS SAHKAN HANYA SEORANG HILANG
Johor Bahru: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukan 23 yang
didakwa hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini
semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan jam 1 pagi kelmarin, berhubung kehilangan remaja berusia 16 tahun itu.
“Laporan dibuat ibu mangsa selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya itu yang mangsa masuk kawasan villa tinggal berkenaan.
"Jika benar dakwaan terdapat puluhan individu hilang di villa terbabit, keluarga atau waris mereka diminta membuat laporan polis untuk siasatan” Abdul Samad Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
“Sejurus mendapat laporan itu, polis bersama Unit Anjing Pengesan dan bomba menyiasat lokasi terbabit, namun sehingga kini masih tidak menemui remaja itu,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan jam 1 pagi kelmarin, berhubung kehilangan remaja berusia 16 tahun itu.
“Laporan dibuat ibu mangsa selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya itu yang mangsa masuk kawasan villa tinggal berkenaan.
"Jika benar dakwaan terdapat puluhan individu hilang di villa terbabit, keluarga atau waris mereka diminta membuat laporan polis untuk siasatan” Abdul Samad Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
“Sejurus mendapat laporan itu, polis bersama Unit Anjing Pengesan dan bomba menyiasat lokasi terbabit, namun sehingga kini masih tidak menemui remaja itu,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)