26 September 2014

PKR - SULTAN MURKA


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan, istiadat mengangkat sumpah jawatan Exco kerajaan negeri yang baharu hari ini dibuat akibat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga membawa kepada penyingkiran Menteri Besar itu sebelum ini.

Titah baginda, ekoran daripada keadaan tersebut, seorang Menteri Besar dan Exco yang baharu perlu dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri.


Pada masa sama, baginda ketika bertitah dalam istiadat pelantikan Exco di Istana Alam Shah, di sini mengingatkan kemelut yang berlaku melibatkan pakatan pembangkang adalah bermula daripada strategi politik parti itu yang dikenali Langkah Kajang.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh ALLAH untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam  bulan Ramadan dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda dalam ucapan pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini, hari ini.

KP - Kalau dah satu benda tu menjadi satu tabiat yang biasa dilakukan dalam kehidupan seharian, maka ianya memang susah untuk ditinggalkan.

Begitu jugak lah yang berlaku dalam PKR ni. Dah memang tabiat diorang sejak dari dulu lagi suka menabur fitnah dan mengadu domba memburuk - burukkan orang lain.

Jadi, memang susah la kalau diorang nak tinggalkan perangai hodoh diorang tu walaupun ianya hanya menyusahkan orang lain. Diorang bukannya peduli sangat pun.

Bayangkan. Kalau terhadap pemimpin diorang sendiri pun diorang sanggup tabur fitnah demi untuk memburuk - burukkan imej mereka, apatah lagi dengan orang lain.

Dan perkara tu pun sudah terbukti apabila anak kepada Si Ketua Penipu tu sendiri mengaku telah menabur fitnah sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu terhadap calon Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...