Kuala Lumpur: Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari
ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan
melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang ‘paling membuang masa dalam sejarah
terdekat’.
Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan
dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TTP).
“Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling
buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC,” kata Wan Saiful di dalam
laman Facebooknya.
Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara
remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang
lebih penting.
“Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk
Seri Haji Hadi Awang.
“Setakat ini Hadi merupakan seorang pemimpin yang baik
tetapi, sejak beberapa bulan yang lepas, beliau seolah-olah telah mencapai
tahap maksima kebolehan beliau.
“Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius untuk
menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk
parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang.
Gagal. Lemah. Lembik,” katanya.
Beliau berpendapat, untuk melangkah ke hadapan, mereka yang
berperangai seperti Hadi dan penyokongnya perlu ditukar dengan mereka yang
lebih berwawasan dan lebih faham gaya politik zaman moden.
“Seperti yang saya pernah katakan sejak 2011 lagi, Hadi
seharusnya tidak mempertahankan lagi jawatannya dan harus megumumkan yang
beliau tidak akan bertanding dari sekarang lagi, supaya PAS boleh bersedia
untuk peralihan kuasa,” katanya.
Muktamar PAS akan berakhir semalam. Sumber
No comments:
Post a Comment