KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
terus dikritik sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataannya
bahawa Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak dipilih Menteri Besar
Selangor yang baharu.
Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang kesal
dengan kenyataan Abdul Hadi itu hari ini menuntut Ahli Parlimen Marang itu
menarik balik kenyataan dibuatnya.
"Saya menggesa Presiden PAS agar menghormati
keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan dan menarik balik
kenyataan beliau yang telah mendakwa Presiden PKR sebagai tidak berkebolehan.
"Kenyataan itu amat tidak kena dalam semangat setia
kawan pakatan apatah lagi dikeluarkan daripada Presiden sebuah parti komponen
kepada Presiden parti komponen yang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz
dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai
mengkhianati kepercayaan Pakatan Rakyat.
"Pendirian 'flip-flop' PAS tidak boleh diterima. Ini
tidak selaras dengan semangat menjadi rakan gabungan.
"Abdul Hadi menipu kita semua, termasuk ahli-ahli
partinya sendiri dan ini adalah benar-benar mengecewakan," katanya dalam
satu kenyataan.
Abdul Hadi ketika menghadiri sesi dialog di Kuala
Terengganu kelmarin menyatakan bahawa keputusan PAS menolak Wan Azizah sebagai
Menteri Besar Selangor baharu bukan kerana jantinanya, tetapi keupayaan beliau
untuk menjadi pemimpin yang baik.
Beliau berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi
kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu.
Tudia, PAS tetap bertegas bakal MB bukan Wan Azizah,,banyak perkara perlu diperbetulkan,,renung2 lah
No comments:
Post a Comment