Apa masalahnya kalau Najib menari masa anak dia kahwin beb?
Sejak beberapa hari lepas portal pro pakatan memainkan video PM menari di
majlis kahwin anak beliau di Kazakhstan.
Aku menjadi sedikit musykil bila mereka mahu mempertikaikan
benda tersebut. Bagi aku tidak ada salahnya Najib dan isteri menari di majlis
tersebut lagipun itu majlis tertutup dan dikalangan saudara mara dan sahabat
handai mereka. Kenapa korang nak pertikai?
Menjadi amalan biasa bagi sesetengah pihak meraikan
pengantin baru dengan tarian. Contohnya bila ada keluarga berdarah Pakistan
Melayu membuat majlis perkahwinan mereka akan menari dikalangan keluarga mereka
ala macam dalam cite hindustan tu.
Dan kalau kita pergi ke majlis perkahwinan orang melayu
boleh tengok karaoke dan joget lambak dan macam-macam lagi. Apa nak heran? Tapi
kan kalau dah jenis tak suka tu kalau kita explain bagai nak rak pun mesti tak
kan nak terima punya kan?
Mesti akan kata apa perlu PM menari? Lagi sekali aku nak
bagitau lantak la apasal korang sibuk?
Itu majlis perkahwinan anak dia dan sebagai bapa dia seronok kerana anak dia
dah selamat diijabkabulkan. Lagipun itu memang tradisi orang Kazakhstan.
Atau korang memang nak PM Najib Razak supaya sentiasa
berkabung dan jangan buat apa pun untuk diri dia? Bukankah dia pun manusia juga
yang mempunyai anak dan isteri? Apakah dia tidak berhak untun bergembira?
Kadang-kadang aku tengok rakyat Malaysia ni over sangat la.
Sikit apa PM buat semua bak pertikai. Dia beli Jet untuk kegunaan pembesar
negara korang bising. Dia keluar negara untum tugas dia pun korang marah sebab
pakai ket. Abistu korang nak dia naik apa pi luar negara? Pakai tongkang ka
wei?
Sebagai Perdana Menteri beliau berhak untuk mendapatkan
keistimewaan beb. Itu hak dia sebagai ketua negara, takkan korang nak tengok PM
korang naik kereta ISWARA Kot? Come on la wei.
Be rational dan logik la sikit, bagi la ruang dan peluang
kepada PM untuk memacu negara menuju Wawasan 2020. Give him a break la wei.
Lagipun apa sangat la video Najib menari ni kalau nak
dibanding dengan video Amwar menari goyang-goyang dengan CHINA DOLL tu? Yang tu
korang tak marah pulak ya? Sebab video porno kan? Sebab dia al jubs kan?
Tolong la rakyat Malaysia aku tau korang tension pasal GST.
Tapi jangan la over sangat beb. Aku pun tension pasal GST ni. Tapi bagi la masa
sikit supaya semuanya boleh dikawal tidak lama lagi.
Boleh?
No comments:
Post a Comment