INI masanya Pas untuk ‘membalas budi’ Barisan Nasional (BN)
dengan tidak meletakkan calon di kerusi Parlimen Rompin.
Allahyarham Jamaludin Jarjis
Sosek sosek ini begitu hangat diperkatakan setelah BN tidak
menyaingi Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka,
Kelantan tempoh hari.
Lagipun dengan majoriti besar 15,114 undi yang diperoleh
Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam PRU-13 lalu, agak mustahil untuk
Pas merampas kembali Rompin yang dikuasai wakil rakyat UMNO sejak 23 tahun
lalu. Bahkan, Allahyarham Jamaluddin amat disenangi pengundi kerana banyak
membantu serta menyumbang bakti kepada rakyat.
Tambahan lagi, UMNO Bahagian Rompin yang kini dipangku oleh
timbalan ketuanya, Datuk Hassan Ariffin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar
Pahang tentu sekali tidak akan membiarkan pembangkang mengganggu-gugat
perpaduan dan keharmonian yang dikecapi penduduk Rompin selama ini.
Sama seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
mendominasi DUN Chempaka berpenggal-penggal lamanya, BN bukan tandingan Pas di
Rompin. Untuk sebab kekosongan dua kerusi inipun kerana kematian wakil
rakyatnya.
Pas pernah tidak menurunkan calon untuk bertanding dalam
Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Raub pada 2007.
Alasan yang diberikan Pas ketika itu kerana ‘memboikotnya’
walaupun perkara sebenar kerana tidak berani bersaing selain menghormati
kematian ADUN yang telah meninggal dunia. Jadi, tak salah jika Pas berbuat
perkara sama, kali ini di Rompin.
Cuma, kalau Pas tidak meletakkan calon di Rompin, apakah
ahli dan jentera parti Islam itu akan turun padang membantu kempen pakatan
pembangkang di kerusi Parlimen Permatang Pauh?
Pilihan raya kecil Permatang Pauh itu berlangsung selang
sehari, iaitu 7 Mei selepas PRK Rompin, 5 Mei.
Dengan ketegangan politik dalaman antara Pas dan rakan
sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang menentang pelaksanaan hudud,
apakah Pas masih akan membiarkan parti mereka disepak terajang macam bola ke
sana, ke sini?
Tentu sekali ahli Pas tidak wajar membiarkan diri mereka
dipergunakan lagi untuk mencapai matlamat politik pakatan pembangkang
semata-mata,
DAP dan PKR hanya mahu mempergunakan Pas untuk mencapai
matlamat politik.
Setelah menang, mereka menghina lagi Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang.
No comments:
Post a Comment