Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti
berkenaan perlu mengadakan rundingan dengan UMNO dalam usaha mereka (PAS) untuk
melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Beliau menganggap UMNO ikhlas dalam
menyokong usaha PAS itu. "Bagi kita, kita anggap semuanya ikhlas. Jadi,
jangan tangguh urusan ikhlas ini," katanya ketika berucap merasmikan
Majlis Penutup Program Nadwah Fiqh Ikhtilaf anjuran Pemuda PAS di sini hari
ini.
Malah, anggota Parlimen Marang itu turut mempertikaikan tindakan segelintir
anggota PAS yang mempersoalkan keikhlasan UMNO itu.
Abdul Hadi bagaimanapun kesal apabila sekutu mereka dalam
pakatan pembangkang, DAP yang terus menekan PAS supaya menangguhkan pelaksanaan
hukum hudud di Kelantan.
Beliau menyatakan pelaksanaan hukum Hudud yang ingin
diketengahkan PAS tidak melibatkan orang bukan Islam dan DAP sepatutnya tidak
perlu risau.
"Kita nak laksana hudud bukan macam Taliban atau IS kerana mereka
dirikan negara tak mengikut asas yang betul," katanya.
No comments:
Post a Comment