Memang kali
ni UMNO/BN Kedah akan menempa SEJARAH baru. Sejarah yang tak pernah dibuat oleh
UMNO/BN Kedah pada mana-mana PRU sebelum ni. Sejarah yang akan terpalit
meninggalkan kesan yang pedih pada PAS, khususnya di Kedah.
PAS Kedah
telah mengesahkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Naib Presiden PAS,
Mahfuz Omar dan pemimpin PKR kesayangan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, akan
bertanding di Kedah pada PRU ke-13 kali ini.
Mat Sabu akan
bertanding di Parlimen Pendang menentang tokoh UMNO Kedah, Datuk Othman Abdul,
Mahfuz pula akan berentap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk
Shahlan Ismail di Parlimen Pokok Sena.
Manakala adik
Datuk Shahlan, Saifuddin akan menghadapi Ketua UMNO Bahagian, Datuk Aziz Syiekh
Fadzir di Parlimen Kulim-Bandar Bharu.
Sebenarnya
saya tidak sabar untuk menyaksikan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Haram itu
berentap dengan tokoh-tokoh UMNO/BN di Kedah. Siapa yang akan menang dan siapa
yang akan kalah agaknya?
Sejak
dinafikan untuk bertanding di Parlimen Kuala Kedah dulu, Mat Sabu dari dulu
teringin sangat nak bertanding di Kedah sekali lagi. Dia mahukan Pendang
khabarnya disebabkan parlimen itu sangat “mesra” dengan fahaman Syi’ah.
Lagipun,
beberapa kroni-kroninya di dalam PAS Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Nasir
Mustapha dan Dr. Ismail Salleh mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden PAS
itu untuk bertanding di Kedah kali ini.
Khabarnya Mat
Sabu akan dijadikan “cable” mereka untuk menggulingkan “boss” PAS Kedah yang
serba tak tahu, Azizan Razak!
Hakikatnya,
calon BN kali ini bukan calang-calang. Datuk Othman Abdul boleh dikategorikan
sebagai “panglima perang” UMNO/BN yang disegani kawan dan lawan, khususnya di
kampung halamannya di Pendang.
Sebut saja
nama “Tok Man Bedoi”, orang PAS totok pun angkat ibu jari ke atas menandakan
beliau adalah seorang pemimpin yang hebat, popular dan disukai rakyat.
Berbanding
dengan Mat Sabu, dia hanyalah orang luar yang datang merempat di tempat orang!
Apa jasa Mat Sabu di Pendang? Apa pahalanya di parlimen itu? Sebarkan fahaman
Syi’ah, kah? Apa yang dia cari di Pendang? Normah ke-3 untuk dijadikan isteri?
Lagipun,
orang PAS Pendang memang tolak Mat Sabu kecuali kroni-kroni Taulan Rasul yang
dipercayai telah dipengaruhi Phahrolrazi dan konco-konconya. Golongan ulama PAS
di Pendang memang tolak Mat Sabu disebabkan fahaman Syi’ahnya.
Mahfuz? Sudah
lama orang Pokok Sena nak tolak dia ke longkang. Cakap saja lebih, tapi satu
apa pun dia tak tahu buat. Tapi, dengan kehadiran Datuk Shahlan yang berhujah
dengan berlandaskan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW, saya yakin
Mahfuz akan tertiarap di parlimen itu kali ini.
Kalau setakat
SRP tak lulus dan hanya berpengalaman mengendalikan beg-beg di lapangan
terbang, rasanya lebih baik Mahfuz tarik diri saja sebagaimana yang
dinasihatkan Tun Dr. Mahathir padanya. Bukan apa, buat malu orang Pokok Sena
saja…
Saifuddin
Nasution pula pernah bertanding di Padang Serai pada tahun 2004 tapi kalah
ditangan calon BN, Lim Bee Kau, dengan majoriti BN melebihi 10,000 undi. Pada
tahun 2008, orang Kedah itu lari ke Kelantan untuk bertanding di Machang,
“mencuri” kerusi selamat PAS di sana.
Di Machang,
dia menang dengan majoriti tipis sebanyak 1460 undi sahaja berdepan dengan
Datuk Sazmi Miah. Dia menang dengan majoriti kurang dari 1,500 undi disaat
UMNO/BN dilanda “tsunami” politik 2008? Memalukan sungguh!
Dan kini,
ketiga-tiga pemimpin Pakatan Haram tak tahu malu itu sah bertanding di Kedah.
Mereka tak boleh lari lagi. Khabarnya, ketiga-tiga orang tak guna ini akan
di“aqiqah” dan di“kenduri” beramai-ramai oleh orang Kedah pada 5 Mei ini.
Apa pun kita
tunggu 5 Mei ini. Nak cakap mereka “confirm” kalah, nanti bunyinya macam orang
PAS yang sifatnya lebih tahu dari pengetahuan Allah SWT. Tak pasal-pasal nanti
saya dikafirkan sekali lagi oleh puak-puak penganut ajaran PAS itu..kan?
No comments:
Post a Comment